Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
Firdaus
26/08/2024
06:30 MYT
Sponsor Banner
“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.

Menurut Haniff, 29, dirinya tidak pernah menjanjikan jumlah tersebut sebaliknya mengesahkan syarikatnya telah membayar sebanyak RM800,000 sebagai keuntungan daripada pelaburan yang dilakukannya.

Tambahnya lagi, WD Food Group akan memulangkan kembali wang pelaburan asal sebanyak RM300,000 pada November depan.

“Sebenarnya tiada perjanjian membabitkan keuntungan RM3 juta di antara pihak saya (WD Food Group) dengan dia (Wak Doyok).

“Tetapi kami sudah membayar keuntungan sebanyak RM800,000 kepada dia. Dan pada November ini kami akan kembalikan pula wang pelaburannya berjumlah RM300,000.

“Saya tidak nampak dimana perjanjian berjumlah RM3 juta itu seperti yang didakwanya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Haniff memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Imbas kembali, Wak Doyok mendakwa menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan syarikatnya.
Selain itu, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor mendakwa dia ditipu rakan perniagaannya yang juga pasangan suami isteri itu selepas membuat siasatan terhadap mereka.

Susulan itu, Haniff mendakwa penipuan yang dibuat Wak Doyok itu telah menjejaskan operasi syarikat dan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

“Wak Doyok buat kacau. Dia datang ke pejabat hingga mengganggu dan buat kekacauan kepada staf syarikat,” jelasnya.

Sementara itu, peguam Haniff iaitu Faiz Kamal Jaafar berkata, anak guamnya ada memohon perintah injuksi terhadap Wak Doyok dan akan disebutkan pada 2 September depan.

Justeru, proses mediasi terbantut berikutan Wak Doyok tidak memberi kerjasama dengan memulakan kekecohan terlebih dahulu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live