Laman Utama
“Tiada Satu Babak Pun Adam Senyum…”- Aaron Aziz Dedah Tekanan Dalam Dekatnya Cinta
Aktor Datuk Aaron Aziz akui dia melalui sedikit tekanan ketika membawakan kembali watak Adam Mukhriz di dalam Filem Dekatnya Cinta.
Menurut Aaron berbanding drama Adam & Hawa sebelum ini, cerita kesinambunganya itu menampilkan dialog dan babak yang berat hampir setiap masa.
“Meskipun ia ambil masa lama untuk kembali saya harap ceritanya masih relevan dan mempunya peminatnya yang tersendiri yang masih mahu mengikutinya.
Advertisement
“Perbezaan dengan drama dahulu apa yang saya boleh kata dalam filem ini semuanya berat iaitu dari segi dialognya, babak yang dilakonkan termasuk emosinya.
“Agak tertekan juga kerana dalam filem ni tiada satu babak pun Adam ini senyum atau gembira. Mungkin sebab masing-masing ada egonya,” katanya kepada Astro Gempak.
Aaron Aziz dan Nadiya Nisa sekali lagi tampil digandingkan menerajui watak utama Dekatnya Cinta yang ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 13 Mei lalu.
Kongsi Aaron lagi, mereka sudah selesai menjalani penggambaran pada tahun 2017 yang lalu.
“Sebenarnya kami dah selesai penggambaran sejak empat tahu lalu. Tapi bila Kembali tu saya dan Nadiya terutamanya masih mempunyai chemistry yang sama dan tiada masalah untuk bekerjasama Kembali.
“Cuma cerita kali ini berbeza kerana watak pun sudah lebih dewasa kerana sudah mempunyai anak yang berusia 4 tahun. Jadi cerita lebih kepada konflik rumah tangga.
“Apa yang mengejutkan, dalam cerita kali ini Adam mendapati Nadiya sudah berubah dan mula curang kepadanya. Nak tahu bagaimana kena tengok lah kesudahannya,” katanya lagi.
Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.
Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.
Saksikan filem Dekatnya Cinta yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video