Viral

"Tiada Talak Antara Ayah Dan Anak" - Luahan Sayu Ibu Aliff Aziz

gempak
Amri Hassan
17/05/2019
05:11 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Talak Antara Ayah Dan Anak" - Luahan Sayu Ibu Aliff Aziz
Ibu kepada pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz, Siti Hafiza Sheikh Mohamad akan tetap menyayangi cucunya Mohamad Ayden Adrean, 2.
Kata Siti Hafiza, dia akan sentiasa mendoakan cucunya itu biarpun sudah tidak akan bertemu lagi pada masa akan datang.
"Thru all the trials and tribulations the good 'thing' that Allah has grant us is our precious grandson @aydenadrean17 you will always be the light of our lives even if we don't get to see you as much in the future sayang.
"Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.
"Apa pun yang akan diperkatakan kami semua sayang Ayden terutama daddy @aliffaziz91.
"Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia aamiin yra .. till we see you again my love sending you our hugs and kisses," tulisnya berserta tanda pagar #TiadaTalakAntaraAyahDanAnak dan #TiadaTalakAntaraCucuDanAtokSertaNinda.
Sebelum ini, Siti Hafiza enggan mengulas lanjut berhubung kisah kontroversi anaknya ekoran terlalu tertekan.
Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Khamis ekoran penularan pelbagai kisah curang sejak Selasa lalu.
Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024