Laman Utama

“Tiada Ubat Dapat Sembuhkan…” – Jangan Tertipu Dengan Jualan Produk! Mohon Ibu Bapa Peka, Dr Izzar Kongsi Cara Cegah HMFD

gempak
Mya Amri
26/05/2022
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Tiada Ubat Dapat Sembuhkan…” – Jangan Tertipu Dengan Jualan Produk! Mohon Ibu Bapa Peka, Dr Izzar Kongsi Cara Cegah HMFD
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari menasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan penjualan produk untuk rawatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Menurut Dr Izzar tiada sebarang ubat yang dapat menyembuhkan penyakit itu kerana jangkitan HFMD berpunca daripada virus.
“Sekarang ni saya tengok ada pula yang promote produk-produk rawatan atau suplemen untuk merawat HFMD. Malah doktor pun ada yang promote produk dia untuk HFMD. Hmm betul ke tu?
“TIADA ubat yang dapat menyembuhkan HFMD. Dan HFMD tu berpunca dari virus, maka antibiotik pun tak akan membantu. HFMD ni kebiasaannya akan SEMBUH SENDIRI dalam masa 7-10 hari.
“Ubat dari doktor yang digunakan untuk HFMD bertujuan untuk membantu MENGURANGKAN GEJALA bukannya untuk menyembuhkan,” jelasnya.
Menerusi hantaran yang sama, Dr Izzar juga turut berkongsi cara boleh membantu anak-anak yang dijangkiti HFMD.
Berikut merupakan cara-caranya:
#Memberi anak makanan senang telan yang sejuk seperti ice cream, yogurt, smoothies untuk membantu gejala sakit tekak.
#Elakkan minuman berasid/masam seperti jus buah, air bergas etc yang akan menyakitkan lagi sakit tekak
#Elakkan makanan pedas atau masin
#Untuk ruam kulit yang gatal, boleh dapatkan lotion anti-gatal seperti calamine lotion.
Selain itu, Dr Izzar juga berkongsi cara pencegahan HFMD kepada umum:
#Menjaga kebersihan diri. Selalu cuci tangan
#Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh. Kang anak orang lain dijangkiti
#Elakkan anak dari berkongsi barangan (cawan, mainan etc) dengan anak lain jika dia pergi ke pusat jagaan.
#Pusat jagaan kanak-kanak buat pembersihan pembersihan premis dan saring anak-anak yang masuk ke premis setiap hari.
Selain itu, Dr Izzar juga berharap ibu bapa lebih peka terhadap penyakit dan juga kesihatan anak-anak.
“Jadi, tak perlulah nak dapatkan ubat-ubat mujarab yang kononnya dapat mencegah atau mengubati HFMD. Take care semua #drizzarshares,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live