Penyanyi dan pelakon Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 30, berpendapat pasangan yang berkahwin dan belum dikurniakan zuriat tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuk pasangan mereka.
Menurut Cik Manggis pasangan yang belum dikurniakan zuriat sepatutnya bersyukur kerana Tuhan mahu lebih masa berdua.
“Tiada zuriat salah siapa?
“Bukan salah siapa-siapa okay. Jangan tuding jari pada pasangan sebaliknya tawakal dan usaha sama-sama.
“Jika masih belum dikurniakan rezeki anak, tetap syukur. Allah nak bagi kita dating lama-lama lagi la tu. Tu pun rezeki tu!
“Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik & bahagia dunia akhirat,” katanya.
Cik Manggis yang juga ahli De Fam itu berkonvsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu turut memuat naik fotonya bersama Izzue yang difahamkan alami masalah yang sama.
Cik Manggis telah berkahwin dengan Syazmin Firdaus Aminuddin pada Oktober 2014, dan sehingga kini mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Cik Manggis bergerak aktif dalam kerjaya nyanyian bersama De Fam sejak 2015, bersama dua rakannya iaitu Azira Shafinaz dan Sophia Liana.
Bersama De Fam, kumpulan ini popular dengan lagu seperti #Supergirls, With You, Bila Ada Kamu dan terbaharu, Panas.