Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

Amri Hassan
09/10/2024 16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.

Jackie, 70, berkata, dia pernah pengsan ketika menjalani penggambaran filem Panda Plan dimana pada waktu itu dia sedang melakukan aksi lagak ngeri. Ketika itu, wajah Jackie kelihatan kosong dan seperti tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

"Tiba-tiba saya berasa lemah dan nak rebah. Kemudian kru terus berlari kearah saya untuk memastikan saya selamat.

"Saya seperti tidak sedar dan bertanya pada mereka 'Apa dah jadi?'... Apabila diberitahu saya pengsan, rasa macam tak percaya pula dan menganggap mungkin ia berlaku kerana saya menahan nafas ketika melakukan aksi itu," katanya.

Tak mahu pelakon pengganti
Seperti yang dijangkakan, Jackie berkeras menyatakan dia dalam keadaan baik tetapi memerlukan bantuan untuk bangun. Kemudian selepas berehat seketika, mereka kembali menjalani penggambaran adegan yang sama.

“Ia bukan masalah besar, saya perlu meyakinkan semua orang bahawa saya baik-baik saja. Jika tidak, mereka akan menggunakan pelagak ngeri menggantikan saya.

"Jika saya hanya duduk di tepi sambal melihat pihak produksi menggunakan pelagak ngeri, saya akan berasa sangat bersalah!" tambahnya.



BERITA TRENDING: AI Ubah Wajah Jackie Chan Lebih Muda Dalam Filem A Legend, Hasilkan Babak 10,000 Kuda Berlari Di Padang

Pada usia 70 tahun, Jackie masih lagi aktif melakukan sendiri aksi berbahaya tanpa bantuan pelakon pengganti.

Motosikal tembus tingkap
Menerusi filem Panda Plan, terdapat juga adegan aksi lain di mana dia menunggang motosikal besar menembusi tingkap. Semasa penggambaran, motosikal tersebut hilang kawalan dan Jackie tercampak sejauh beberapa meter.

"Tak perlu risau, cuma kecederaan kecil, saya benar-benar okey," katanya yang membuatkan krew memberi tepukan hormat buat pelakon hebat itu.

BERITA TRENDING: Selalu Tiru Jackie Chan, Nicholas Tse Pertama Kali Jadi Koreografer Aksi Di Filem Customs Frontline

Kemudian menerusi salah satu adegan lain, Jackie perlu melompat dari lantai ke atas kotak kayu besar sebelum melompat ke tingkat dua. Walaupun kelihatan mudah, ia masih mencabar untuk Jackie yang sudah berusia 70 tahun. Keberanian Jackie membuatkan seluruh kru terharu dengan dedikasi dan profesionalismenya.

Selain Jackie Chan, Panda Plan juga menampilkan panda Hu Hu sebagai bintang utama. Dengan mata yang unik, Hu Hu menambah daya tarikan tersendiri kepada karekternya. Dalam rakaman yang didedahkan, kelebihan Hu Hu seperti memeluk kaki pelakon pasti akan menambat hati penonton.

Filem ini mengisahkan bintang kung fu, Jackie Chan (dilakonkan oleh Jackie) diundang untuk menjaga anak panda popular, Hu Hu.

Namun, Hu Hu menjadi sasaran organisasi jenayah antarabangsa. Jackie Chan terpaksa bekerjasama dengan pengurusnya, David (lakonan Wei Xiang), dan penjaga panda, Su Xiaozhu (lakinan Shi Ce) membentuk satu pasukan untuk menyelamatkan "Khazanah" tersebut dalam satu operasi penyelamatan antarabangsa.

Panda Plan bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Oktober ini.

BERITA TRENDING: Sambut Ulang Tahun Ke-70, Jackie Chan Ulas Penampilan Berambut Putih & Tua

​BERITA TRENDING:
Jackie Chan Tak Kenal Kardashians, Tanya: “Adakah Itu Bahasa Inggeris?”



#pelakon #Viral #Jackie Chan #Hong Kong #Pengsan #Ngeri #Lagak #Panda Plan
;