,
Berita

"Tidak Ada Bukti Nenas Menyebabkan Keguguran" - Ini Penjelasan Dr. Imelda Buat Ibu Hamil

Rozaimi Zubaidi
19/07/2019
08:22 MYT
Pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin menafikan tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat bahawa memakan buah nenas boleh menyebabkan keguguran.
Menerusi program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda, episod tiga yang bersiaran malam tadi, Dr. Imelda menjelaskan bahawa sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa buah nenas boleh menyebabkan keguguran.
"Tidak ada bukti nenas menyebabkan keguguran. Yang mana ada bukti boleh menyebabkan keguguran adalah merokok, minum arak, penyalah gunaan dadah dan keracunan makan.
"Jadi kalau nak makan nenas silakan kerana apa yang anda lakukan haruslah secara bersederhana dan jangan la makan sehingga satu guni.
"Sementara itu, antara sebab yang boleh menyebabkan keguguran adalah ibu hamil jangan makan makanan seperti ayam, ikan, daging, telur dan susu yang mentah kerana ada bakteria dalam itu," katanya dalam program tersebut.
Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin dan beberapa tetamu undangan setiap minggu.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).
Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Sedih Bila Tunang & Keluarga Sendiri Minta Bukti" - Gadis Mahu Buktikan Masih Ada Selaput Dara, Ini Jawapan Dr. Amalina

gempak
08/09/2019
04:26 MYT