Viral di media sosial apabila seorang individu mendakwa pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru melarangnya daripada memasuki premis berkenaan kerana memakai seluar pendek.

Menerusi hantaran di platform X, individu tersebut menzahirkan rasa kecewa memandangkan doktor menghubunginya dan memintanya untuk bertemu dengan kadar segera.



Lebih mengeruhkan keadaan, individu tersebut mendakwa pengawal keselamatan tersebut turut meninggikan suara dan menyebut kata-kata rasis.



Meninjau ruangan balasan, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya:



Sungguhpun begitu, individu tersebut memberitahu, dia telah bertemu dengan pihak hospital susulan daripada isu berkenaan.

Individu berkenaan menambah, pengawal keselamatan itu mengakui bersalah dan meminta maaf kepadanya.



Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Video Tarik Seluar Dikecam, Watie Hanifiah Anggap Shuib Bergurau - “Ingatkan Benda Itu Kelakar…”

BERITA TRENDING: Pengalaman Tom Bersalin Di Hospital Kerajaan Indah - “Harga Pun Sangat Murah”