Skip to main content

Berita Tempatan

Tidak Mahu Tunggu Lama, Baim Wong Sahkan Bakal Kahwin Tahun Ini

baim_3.jpg
Pelakon Indonesia, Baim Wong, mengakui tidak mahu menunggu lama untuk melangsungkan majlis perkahwinan bersama tunangnya, Paula Verhoeven.

Menurut laporan Kapan Lagi, Baim mengesahkan bahawa keluarganya mahu melangsungkan majlis perkahwinannya pada tahun ini.

"Keluarga mahu majlis perkahwinan kami disegerakan dan kami sudah melakukan persediaan sekarang ini.

"Majlis perkahwinan kami akan diadakan pada tahun ini dan paling lambat pun adalah Disember ini.

"Saya berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami dan segalanya akan dipermudahkan," katanya.

Baim Wong telah selamat mengikat tali pertunangan dengan model dan aktres Paula Verhoeven pada 21 Julai lalu.

Sumber: Kapan Lagi

Foto: Instagram

Advertisement

Must-Watch Video