Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy Anam ternyata gembira kerana anaknya sudah mula menyukai masakan-masakannya, tambahan lagi anaknya itu begitu memilih untuk makan ketika kecil.

Berkongsi cerita di Instagram miliknya, Stacy memberitahu bahawa anak sulungnya Bella begitu memilih makanan dan hanya sukakan telur menyebabkan dia agak risau.

"Senang nya hati bila dapat nampak anak makan betul. Dulu bella ni sangat lah memilih dan sampai sekarang pun. Terutama Ayam, Daging atau Ikan. Sayur jangan cerita lah. Hari-hari mau makan telur ja fuhh risaunya.

"Tapi siapa sangka sekarang dia suka makan nasi lemak, kari ayam, asam pedas dan macam-macam lagi asalkan Mamy masak confirm habis dia makan. Ambil dia dari sekolah ja mesti dia akan tanya Mamy ada masak kah? Mamy masak apa?," tulis Stacy.

Tambah Stacy, ada ketikanya Bella tidak begitu makan di sekolah kerana dia mahu makan di rumah dengan masakan yang dimasak olehnya.

"Kadang-kadang dia cakap dia tidak makan banyak di sekolah sebab mau tunggu makan di rumah. Betul lah orang cakap anak-anak lah yang akan jadi pencinta no 1 masakan air tangan seorang Ibu.

"Tidak rugi Mamy belajar masak dan beranikan diri mencuba sesuatu yang baru. Anak-anak asyik cari masakan Mamy jadi mamy pun selalu bersemangat mau masak selalu. Saya pasti sampai anak besar nanti mesti anak akan rasa masakan ibu juga yang paling sedap dan diingati," tulis Stacy lagi.

Stacy turut bersyukur kerana kini kedua-dua anaknya juga sudah boleh menerima pelbagai jenis masakan dan makanan, apatah lagi juadah tersebut dia sendiri yang memasaknya.

"Syukur sangat anak-anak pandai makan macam-macam sudah termasuk si eshaal. Kecil-kecil lagi pandai makan sambal sudah," tulis Stacy dengan nada ketawa.

Senang nya hati bila dapat nampak anak makan betul. Dulu bella ni sangat lah memilih dan sampai sekarang pun. Terutama Ayam, Daging atau Ikan. Sayur jangan cerita lah. Hari-hari mau makan telur ja fuhh risaunya. Tapi siapa sangka sekarang dia suka makan nasi lemak,kari ayam, asam pedas dan macam-macam lagi asalkan Mamy masak confirm habis dia makan. Ambil dia dari sekolah ja mesti dia akan tanya Mamy ada masak kah? Mamy masak apa? Kadang-kadang dia cakap dia tidak makan banyak di sekolah sebab mau tunggu makan di rumah. Betul lah orang cakap anak-anak lah yang akan jadi pencinta no 1 masakan air tangan seorang Ibu. Tidak rugi Mamy belajar masak dan beranikan diri mencuba sesuatu yang baru. Anak-anak asyik cari masakan Mamy jadi mamy pun selalu bersemangat mau masak selalu. Saya pasti sampai anak besar nanti mesti anak akan rasa masakan ibu juga yang paling sedap dan diingati. Syukur sangat anak-anak pandai makan macam-macam sudah termasuk si eshaal. Kecil-kecil lagi pandai makan sambal sudah hahahaha #WanitaCukupBerani #TakKenalTakCinta #MAGGICukupRasa

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on


Stacy Anam atau nama penuhnya Ummu Shaikhah Stacy binti Anam berkahwin dengan Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad dan mempunyai dua orang cahaya mata, Bella Deluna Afiq Hakim dan Eshaal Afiq Hakim.