,
Laman Utama

Tidak Seperti Kebiasaaan, Gelandangan Diraikan Dengan Makanan Korea Di K-Town Korean BBQ

Syafiqah Jalal
22/03/2023
08:22 MYT
Restoran K-Town Korean BBQ (K-Town) telah meraikan 30 residen daripada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) untuk menikmati hidangan di salah sebuah cawangannya di G-Village, Desa Pandan, Kuala Lumpur sebelum kedatangan Ramadan baru-baru ini.
Melalui hidangan All-You-Can-Eat itu, telah berjaya memberi pengalaman baharu kepada kumpulan gelandangan tersebut merasai keenakan makanan Korea di restoran berkenaan.
Pengasas syarikat tersebut, Andy Goh berkata, ini bukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang pertama dianjurkan kerana syarikat pernah menganjurkan satu program yang melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town.
“Sebenarnya ini bukan program tanggungjawab sosial korporat yang pertama dianjurkan kami. Kami pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town dimana ketika itu Zizan Razak masih bersama kami.
"Bagaimanapun membabitkan warga homeless atau gelandangan ini adalah yang pertama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
K-Town, sebuah syarikat berstatus pemilikan bumiputera itu kini memiliki tiga cawangan iaitu di Desa Pandan, Bukit Jelutong, Shah Alam dan juga di Holiday Villa Johor Bahru.
Selain itu, Goh menjelaskan, hidangan All-You-Can-Eat bukan sahaja bersesuaian untuk bulan Ramadan tetapi boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Pakej berkenaan menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu daripada serendah RM79 ++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu. Sementara kanak-kanak dan warga emas, mereka boleh menikmati hidangan tersebut pada harga serendah RM39.00++
“Selain hidangan yang lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan seperti orang kenamaan yang mana petugas kami akan melayan mereka sepanjang menjamu selera,” ujar Goh yang merupakan graduan kulinari dan juga bekas pramugara di Singapura sebelum ini.
Tambah Goh, K-Town adalah restorasn Korean berstatus halal yang tak perlu diragui oleh pelanggan muslim.
“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu, kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang diambil adalah dari pembekal Melayu.
“Ramai yang tidak tahu, K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” katanya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Song Jae Rim Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

gempak
12/11/2024
10:34 MYT
Pelakon Korea, Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Hiburan

Temui Bintang Korea Yeo Jin Goo, Amir Ahnaf, Mierul Aiman & Aedy Ashraf Di Sunway Pyramid 23 November Ini!

gempak
12/11/2024
02:01 MYT
KC Global Media berkolaborasi dengan Astro menganjurkan One Astro Fan Fest dengan menampilkan bintang terkenal Korea Selatan, Yeo Jin Goo.
Hiburan

Buat Content Double Meaning, Peniaga Makanan Tular Tampil Mohon Maaf

gempak
11/11/2024
09:25 MYT
Menurut peniaga tersebut mereka juga telah membuat keputusan untuk menukar jenama mereka kepada nama yang lain.
Unitar