Pengalaman sebagai sukarelawan memang sukar digambarkan dengan kata-kata apatah lagi berdepan dengan risiko nyawa melayang apabila diacu senapang oleh puak pemberontak.
Kisah suka duka itu dikongsi Presiden, Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan yang sering menyertai misi kemanusiaan sejak tahun 2005.
Akuinya, menjadi sukarelawan bukanlah tugas mudah. Dia masih ingat pengalaman pertama kali masuk ke Syria pada tahun 2016 dalam keadaan perang sedang berlaku.
“Ketika saya bersama anggota sukarelawan lain masuk dari Turki ke Syria melalui lorong tikus merentasi sungai, berjalan kaki, naik lori dan menempuh sekatan tentera.
“Lebih menyedihkan ketika di kem penempatan, tiada air untuk mandi. Suhu pula mencecah 10 darjah celcius sehingga malam tidur mengiggil dan makan cuma sekali sehari kira-kira jam 4 petang,” katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, Muslim Care Malaysia antara badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu menyalurkan bantuan sekurang-kurangnya RM100,000 setiap bulan ke Syria dan mempunyai lima sekolah iaitu 3 buah di Idlib dan 2 buah di sempadan Reyhanly.
Lebih menarik, NGO ini juga mempunyai kilang roti bawah tanah di sana yang masih beroperasi sehingga kini.
Zulkifli memberitahu sehingga kini ada 300 sukarelawan Muslim Care Malaysia yang aktif mengikuti misi kemanusiaan.
Di sebalik semangatnya untuk turut serta dalam misi berisiko ini, Zulkifli juga pernah berkhidmat di Petronas selama 25 tahun.
Siapa sangka, dia mengambil keputusan bersara awal pada penghujung tahun 2016 untuk memberi sepenuh perhatian terhadap kerja sukarelawan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat,” katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Elrafaei Sapi
Tue Aug 07 2018
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.