Berita

"Tiga Jam Duduk Atas Pelaminan, Jadi Macam Resepsi Pulak" - Fedtri Yahya

gempak
Rozaimi Zubaidi
14/02/2019
03:23 MYT
Sponsor Banner
"Tiga Jam Duduk Atas Pelaminan, Jadi Macam Resepsi Pulak" - Fedtri Yahya
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya dan isteri, Anati Ismail telah mengadakan majlis akikah buat anak bongsu mereka, Ahmad Firaas Mevlana.
Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi oleh Fedtri menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya.
"Aqiqah #firaasmevlana. Memang tak buat apa-apa aturcara (marhaban, berendoi semua tak ada) sebab betul-betul nak meraikan tetamu & makan saja.
"Tapi sejak masuk dewan sampai ke hujung acara, 3 jam duduk atas ‘pelaminan’ bergambar, jadi macam resepsi pulak. Hehe.
"Sampai Juna cakap: Daddy, Juna tak nak kawin dah. Maaf tetamu yang datang, tak sempat nak berbual mesra.
"Nak makan pun tak sempat, janji tetamu semua sempat merasa juadah disediakan," tulisnya.
Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Firaas dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.
Fedtri dan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024