,
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

Ainun
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
JOHOR merekodkan 171 calon memperoleh PNGK 4.00 berbanding 160 calon pada STPM 2022 iaitu peningkatan 0.05 peratus.
SABAH pula merekodkan 130 calon mempersleh PNGK 4.00 berbanding 75 calon pada 2022, manakala Pahang mencatatkan 106 calon berbanding 78 calon pada 2022.
KELANTAN, negeri itu menyaksikan peningkatan PNGK kepada 2.97 mengatasi PNGK peringkat nasional iaitu 2.84. Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan negeri Mohd Hassany Hashim berkata sebanyak 3,782 calon menduduki peperiksaan STPM 2023 berbanding 3,358 calon pada 2022.

BERITA TRENDING: Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

BERTA TRENDING: Keputusan STPM 2023 Diumum 23 Julai Ini

BERITA TRENDING: Duduki SPM 7 Kali & STPM 2 Kali, Dr Ini Kongsi Kisah Ketabahan Abangnya Dalam Menuntut Ilmu Hingga Ke Universiti

BERITA TRENDING: Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

Kemudian, SARAWAK telah mencatat sebanyak 88 calon mencapai PNGK 4.00 manakala 1,910 calon lagi mendapat PNGK 3.00 hingga 3.99.
Selain itu, negeri PERAK juga menyaksikan calon mereka memperoleh PNGK 4.00 bagi peperiksaan STPM 2023 menurun dengan 82 orang berbanding 108 orang pada STPM 2022.
Manakala di TERENGGANU pula, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Wan Zuraidi Che Wan Zaid menyatakan bahawa negeri itu merekodkan PNGK 3.11 pada peperiksaan STPM kali ini berbanding 3.04 pada STPM 2022 sekali gus mengatasi PNGK nasional 2.84.
Diikuti oleh negeri KEDAH, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Mahadhir Ismail berkata 74 daripada 2,850 calon yang menduduki peperiksaan itu memperoleh PNGK 4.00 dan secara keseluruhan pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) bagi STPM 2023 ialah 2.88 berbanding 2.84 pada 2022.
Tidak tertinggal di PULAU PINANG, Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin (KTEHZA) muncul paling ramai calon memperoleh PNGK 4.00 bagi negeri itu iaitu 70 orang pada peperiksaan STPM kali ini dengan seorang pelajarnya, Tan Jung Sheng turut dinobatkan sebagai pelajar terbaik STPM 2023 bagi kategori istimewa masalah penglihatan.
Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 45 pelajar di negeri ini memperoleh PNGK 4.00 iaitu 42 daripadanya adalah pelajar aliran sains sosial, seorang pelajar aliran sains dan dua calon sekolah agama dengan PNGK negeri 2.82 iaitu sama seperti tahun 2022.
MELAKA turut mendedahkan seramai 21 calon STPM negeri itu memperoleh PNGK 4.00 daripada 1,093 calon yang menduduki STPM 2023.
Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Negeri Perlis, Ayub Ahmad berkongsi seramai 16 pelajar daripada 396 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat PNGK 4.00.
Di Wilayah Persekutuan LABUAN, peratus lulus penuh peperiksaan STPM adalah 99.28 peratus, meningkat 2.03 peratus berbanding STPM 2022 manakala empat calon di wilayah itu mencapai PNGK 4.00.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.