Skip to main content

Berita Tempatan

Keputusan STPM 2023 Diumum 23 Julai Ini

astro-gempak-stpm-julai-2024.jpg

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

"Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement