Siapa sangka, bermula dengan bisnes penghasilan baju secara kecil-kecilan, tiga pemuda dari Jakarta ini mampu membina nama sebagai kumpulan pop yang semakin disegani peminat muzik.

Malah nama Fourtwnty kini bukan hanya tertumpu di Indonesia, sebaliknya populariti itu dalam diam telah meluas ke Malaysia.

Buktinya, lagu Zona Nyaman yang turut diangkat sebagai runut bunyi filem Filosopi Kopi kini telah ditonton sebanyak 88 juta kali di YouTube.

Menceritakan perjalanan mereka, vokalis, Ari Lesmana menyatakan kumpulan Fourtwnty mula ditubuhkan sekitar 20 April 2010.

Menurut Ari, mereka bermula daripada perniagaan baju sebelum membentuk komuniti kecil dinamakan sebagai Fourtwnty.

"Dalam komuniti ini ada banyak, ada bisnes baju, fotografi serta muzik. Jadi saya, Nuwi dan Roots lebih tertumpu pada muzik dan awalnya lagu-lagu hanya diciptakan untuk komuniti saja.

"Namun ia kemudiannya dikembangkan menjadi menjadi mini album pada 2014 sebelum terhasilnya versi penuh pada 2015. Pada 2017 pula kami menghasilan muzik soundtrack untuk filem Filosopi Kopi kedua sebelum muncul dengan album kedua pada 2018," katanya.

Ditanya tentang genre muzik yang dibawa mereka, Ari berkata, Fourtwnty merupakan satu kumpulan pop.

Titik 1 selesai. Terimakasih Medan sudah menjadi saksi pertama untuk menyimak sekaligus menikmati sajian semua karya kita dari awal sampai saat ini yang di kemas kedalam @konser.heliotropisme berharap kalian sangat mendapatkan kenyamanan, ketenangan dan kesenangan dengan konsep sederhana di konser Helio Medan minggu lalu! Siap siap 9 titik berikutnya terutama Makassar untuk dalam waktu dekat ini. Sampai bertemu ✋?? ——————————————————————————— ? : @seada.adanya Jumat , 6 September 2019 Pardede Hall , Medan.

A post shared by fourtwntymusic (@fourtwntymusic) on


"Muzik kami lebih kepada genre pop yang banyak menumpukan elemen sosial, alam semulajadi dan kesederhanaan. Kami tak sentuh hal keganasan mahupun politik.

"Lirik kami juga lebih berunsurkan nasihat," katanya yang menjadikan Yuna, Noh Salleh dan kumpulan Hujan sebagai idola.

Untuk makluman, Fourtwnty baru saja mengadakan konsert ‘Fourtwnty Live in Kuala Lumpur' Sabtu lalu.

Difahamkan, tiket telah habis hanya dalam tempoh tiga jam selepas ia mula dijual pada Jun lalu.