Berita baik untuk semua orang, tiket untuk menonton filem aksi komedi terhebat iaitu Polis Evo 3 sudah boleh dibeli bermula 11 Mei di pawagam seluruh negara.

Menariknya lagi, penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.

Salah seorang pelakon Polis Evo 3 iaitu Sharnaaz Ahmad juga berkongsi video pemberitahuan mengenai penjualan tiket filem lakonannya itu sudah mula dijual.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tertanya-tanya mengenai watak Sharnaaz sebagai Reza dalam Polis Evo 3.

“Rezza ni kira jadi pembelot la kan mamu eh.

“Cepatlah 25 Mei… rasa macam lambat pula.

“Tak sabar nak tengok Reza beraksi,” komen beberapa netizen.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.

Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket di pawagam, boleh layari https://www.tgv.com.my/movies/polis-evo-3 dan https://mbocinemas.com/Browsing/Movies/Details/f-F000000283