,
Viral

“Tindakan Tegas Boleh Diambil” - Istana Pahang Nafi Ada Istiadat Perkahwinan Membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang

Asyraf Roslan
04/10/2024
01:55 MYT
Istana Pahang telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan bakal ada istiadat perkahwinan membabitkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita seperti yang tular di media sosial sejak 24 September lalu.
Menerusi kenyataan tersebut, Istana Pahang memaklumkan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang telah dimuatnaik.
“Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuatnaik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.
“Maklumat berkenaan adalah palsu dan tiada kaitan dengan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang,” katanya menerusi kenyataan di Instagram pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan

Sehubungan dengan itu, Istana Pahang menegaskan bahawa tindakan boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau menggangu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.
Menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai pihak yang bersetuju tindakan tegas dikenakan kepada individu tersebut.
“Buat report please! Sebab rasa macam melampau. Tapi faham, mesti TMP taknak panjangkan isu ni? moga farida daud sedar diri,”
“Finally, ada kenyataan rasmi dan tegas,”
“Sila ambil tindakan...tahap boleh masuk wad gila dah ni,”
“Semoga ada tindakan tegas dari pihak istana . Saya rasa makcik ni ada mental illness, delulu sangat. Berangan ingin jadi wife TMP, tapi attitude so bad,” kata netizen di ruangan komen.
Terdahulu, tular satu hantaran yang memperlihatkan satu kertas yang tertulis 'Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud'.
Dipercayai hantaran tersebut dimuatnaik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Farida.1111111
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni