Skip to main content

Berita Tempatan

Tinggal Isteri Sedang Berpantang, Ini Pesan Nubhan Sebelum Mengerjakan Umrah

nubhanahmadumrah.jpg
Penyanyi Nubhan Ahmad telah berangkat ke tanah suci bersama ibunya untuk menunaikan ibadah umrah.

Namun Nubhan terpaksa meninggalkan isterinya Dr. Afifah Tawfek yang sedang berpantang bersama dua orang anaknya, Aaafiya, 2, dan Aaffan yang baru berusia sebulan.

Nubhan sempat berpesan kepada isterinya supaya menjaga diri serta anak-anak mereka dengan baik.

“Doakan perjalanan saya dan keluarga menunaikan umrah selamat pergi dan balik.

“Abah (Nubhan) dah mula rindu Afifah, Aafiya dan si comel affan.

“Ibu jaga pantang baik-baik okay...kiss piya n affan stiap 5 minit untuk abah ya,”tulisnya.

Nubhan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi Kisah Kasih itu berkongsi fotonya bersama ibunya ketika berada di dalam kapal terbang sebelum berangkat ke Mekah.

Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement