Pasangan Selena Gomez dan The Weeknd dilaporkan telah tinggal sebumbung selepas lapan bulan menjalinkan hubungan cinta.

Menurut NY Daily News, pasangan ini dikhabarkan menyewa kediaman mewah di New York dengan harga kurang RM68 000 sebulan.

Gomez, 25, dilaporkan sedang menetap di sana untuk menjalani sebuah penggambaran filem daripada produser terkenal Woody Allen.

Namun hingga kini, masih belum ada pengesahan daripada kedua belah pihak terbabit mengenai khabar angin tersebut.

Selena Gomez dan The Weeknd telah mula menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan setelah pelantun hits 'I Feel It Coming' itu putus dengan Bella Hadid.

Sumber: NY Daily News