Laman Utama

Tinggalkan Banyak Kenangan Manis, Farah Ann Luah Hasrat Bersara

gempak
Mya Amri
02/09/2020
10:08 MYT
Sponsor Banner
Tinggalkan Banyak Kenangan Manis, Farah Ann Luah Hasrat Bersara
Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi meluahkan hasrat untuk bersara.
Pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Perkara itu didedahkan oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) selepas tamat mesyuarat kriteria pemilihan ke Sukan SEA Vietnam dan Sukan Malaysia (Sukma) Johor di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.
A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on
"Sukan SEA selepas Sukan Olimpik, jadi jika dia meneruskannya (kerjaya sebagai gimnas), sudah pasti kami mahu dia menyertainya," kata Deligasi Teknikal Gimnastik Artistik Wanita MGF, Soo Seck Foong.
"Tetapi jika dia mahu bersara selepas Sukan Olimpik, ia satu kes yang berbeza.
"Dia ada memaklumkannya (mengenai persaraan) sebelum ini tetapi saya belum benar-benar pasti kerana dia juga bukan muda lagi," katanya seperti dilapor Astro Arena
Terdahulu, Farah sebelum ini mengakui tahun 2019 banyak meninggalkan kenangan manis bermula sejak dia melayakkan diri ke Olimpik hinggalah meraih tiga emas di Manila.
Sumber: Astro Arena
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024