Selepas Aku Cinta, kolaborasi duet Ernie Zakri dan Syamel seringkali dinantikan oleh peminat mereka.

Terbaharu, pasangan duo itu muncul dengan single Takkan Terlerai yang turut meraih perhatian netizen.

Walaupun hanya memuat naik lirik video, lagu duet itu diramalkan bakal sekali lagi menjadi lagu berhantu Ernie dan Syamel.

"Balance, harmony and powerful duet vocals. Can't wait to see them performing this song live," tulis Amirul Ishak.

"Tingginya nada lagi ni. Tak mampulah kita. Kalau nyanyi ni mahu masuk hospital," tambah Azizah Yusof berseloroh.

"Kenapa aku dengar lagu ni bulu roma naik weh?" tambah pengguna lain di ruangan komen YouTube.

Takkan Terlerai mendapat sentuhan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya bersama Ernie dan Syamel sendiri.