Laman Utama

Tips Kekal Cergas Kerja Dari Rumah, Benda Simple Je Buat Yang Nombor 5 Pun Dah Okay Tau!

gempak
Mya Amri
02/12/2020
04:19 MYT
Sponsor Banner
Tips Kekal Cergas Kerja Dari Rumah, Benda Simple Je Buat Yang Nombor 5 Pun Dah Okay Tau!
Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara, masyarakat kini sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.
Perkara itu termasuklah dari segi kerjaya di mana banyak syarikat sudah mula mengambil pendekatan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
Bagaimanapun adakalanya apabila bekerja dari rumah boleh membuatkan seseorang itu menjadi tidak efektif dan cepat letih.
1.Cipta ruang kerja sendiri
Kalau tak ada ruang khusus untuk buat kerja kadang-kadang kita boleh jadi malas tau. Lebih-lebih lagi kalau buat kerja atas katil. Fuh! Dugaan betul ya. Secara tidak langsung perkara itu boleh buat kita jadi kurang efektif.
Sebenarnya senang sahaja, tak perlu nak guna banyak ruang pun. Hanya perlukan sedikit kreativiti dan bergantung pada keselesaan masing-masing.
Oh! Ambil kira juga faktor ergonomik, pencahayaan dan pengudaraan agar tempat kerja sentiasa dalam suasana kondusif walaupun berada di rumah ya.
2.Wujudkan kegembiraan
Kadang-kadang apabila terlalu lama tanpa berehat pun boleh membuatkan kita menjadi lesu.
Apa kata sesekali korang bangun dari kerusi tempat duduk dan bergerak. Ubah sedikit cara bekerja dengan ambil masa berehat atau ‘me time’ sebagai ganjaran untuk diri sendiri.
Pasang lagu kegemaran, pesan air minuman atau makanan yang korang teringin menyanyi dan menari ikut suka atau apa sahaja yang boleh menceriakan hari korang. Simple je kan?
3. Lakukan senaman ringan
Hirup udara segar waktu di waktu pagi. Buat regangan dan senaman ringan agar tubuh lebih aktif. Senaman juga dapat membantu melancarkan pengaliran darah.
Pastikan anda mandi, bersarapan dan wujudkan suasana kerjaya yang seronok.
4.Sarapan yang berkhasiat
Mulakan hari anda selepas mengambil sarapan seimbang dan segelas makanan tambahan Berocca untuk kekal bertenaga sepanjang hari ya!
5.Pengambilan supplement, Berocca antara pilihan ramai
Berocca adalah formula unik yang mengandungi dos Vitamin B kompleks, Vitamin C, Kalsium, Magnesium dan Zink, terbukti secara klinikal.
Selain itu suplemen ini juga menjadi antara yang terlaris selepas netizen mendapati mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menggunakan Berocca.
Baru-baru ini Berocca telah melancarkan kempen Begin with Berocca untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih bertenaga dan fokus dalam menghadapi cabaran norma baru dengan lebih baik. Rakyat Malaysia akan dapat mencari tip-tip untuk kekal betenaga dan bagaimana untuk bekerja, bersenam serta belajar dengan lebih efektif di Berocca Malaysia Facebook
Selain itu, Berocca turut akan menampilkan sekilas kehidupan influencer media social terpilih untuk mengetahui cara mereka terus bertenaga dan bermotivasi dalam kehidupan normal baharu.
Jadi untuk mengekalkan kesegaran dan tenaga sepanjang hari, mulakan hari anda dengan Berocca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live