Berita

Tips Suruh Isteri Tiru Nada Suara Doraemon, Jabatan Pembangunan Wanita Mohon Maaf

gempak
ZULHILMI JALIL
01/04/2020
04:11 MYT
Sponsor Banner
Tips Suruh Isteri Tiru Nada Suara Doraemon, Jabatan Pembangunan Wanita Mohon Maaf
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) tampil memohon maaf selepas perkongsian tips dengan meniru nada suara Doraemon dalam menjaga hubungan suami isteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi pertikaian kalangan masyarakat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Saidatu Akhma Hassan berkata, pihaknya sedia maklum dengan respons yang diterima daripada banyak pihak selepas poster-poster tersebut dimuat naik di paltform media sosial Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
"Pihak kami menghebahkan tips harian dan mesej positif dalam media sosial dengan kempen #wanitacegahcovid19 merangkumi pelbagai tema dengan matlamat untuk berkongsi maklumat kepada golongan wanita.
"Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram KPWKM.
Kami mengambil maklum respon banyak pihak berhubung beberapa tips untuk wanita yang dipromosikan semasa berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melalui poster-poster yang telah disiarkan di media sosial kami. Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah. Pihak kami menghebahkan tips harian dan mesej positif dalam media sosial dengan kempen #wanitacegahcovid19 merangkumi pelbagai tema dengan matlamat untuk berkongsi maklumat kepada golongan wanita. Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita 31 Mac 2020
A post shared by kpwkm (@kpwkm) on
Katanya lagi, pendekatan yang digunakan itu adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah.
Terdahulu, beberapa tips bagi mengelakkan pergaduhan antara suami isteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikongsikan di akaun media sosial rasmi KPWKM menjadi tular.
Tips yang diberikan kemudian menjadi perdebatan dalam kalangan netizen yang menyifatkan sebagai tidak sensitif.
Antara tips tersebut termasuklah meminta isteri agar tidak berleter dan meniru suara kartun Doraemon ketika cuba menegur pasangan.
BACA: "Tiru Nada Doraemon, Elak Berleter, Jangan Sindir Pasangan" - Ini Antara Tips Yang Boleh Jaga Hubungan Suami Isteri, Tapi Netizen...
Apapun, sepanjang tempoh PKP ini, jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024