Semalam, tanggal 30 Januari 2024 merupakan tarikh yang bakal diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasminya mengakhiri tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diraikan dalam Istiadat Keberangkatan Pulang yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

Pelbagai reaksi diberikan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah termasuk aksi spontan mini love dan juga bahasa isyarat I Love You.

Lebih mencuit hati, pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle tidak ketinggalan meniru aksi berkenaan petang semalam.