,
Viral

"Tiru Sebiji Hampir 100 Peratus!" - Bengang! Komposer Dakwa Band Indonesia Ciplak Lagu Tergantung Sepi

Amri Hassan
15/10/2019
22:50 MYT
Komposer yang sedang meningkat naik, Sir Khan Danial mendedahkan sebuah band dari Indonesia, Symphony Band telah memplagiat lagu nyanyian Haqiem Rusli, Tergantung Sepi.
Malah katanya, lagu yang diberi judul baharu Pergi Saja itu cuma mengubah lirik sahaja sementara hampir keseluruhan melodi meniru lagu asalnya.
"Ramai sudah mesej saya berkenaan lagu Pergi Saja oleh Symphony band kejadah apa tak tahu.
"Lagu ini tiru sebiji melodi Tergantung Sepi hampir 100 peratus, berapa 'bars; jangan tanyalah dia langgar habis.
"Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, YouTube channel baru buat 7 Sept tahun ini dan sememangnya mat-mat Indonesia ini cari nahas," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram malam tadi.
Saran Sir Khan, pihak pengurusan yang telah menerbitkan lagu Tergantung Sepi seharusnya bertindak pantas bagi mengelakkan karya itu diperlekehkan sewenang-wenangnya.
"FMC Music sila ambil tindakan yang sepatutnya di bawah 'copyright infrigement' atau plagiaris.
"Kena tembak sikit mereka ni. Tak habis-habis rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!" tambahnya.
Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem dicipta sepenuhnya oleh Gouffran & Ibnu dan pernah memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-32 tahun lalu.
Haqiem pula hanya memberikan tanda emoji tersenyum menerusi ruangan Instastoriesnya mengulang siar kenyataan daripada Sir Khan malam tadi.
Sementara itu, lagu Pergi Saja dicipta oleh komposer yang dikenali sebagai Rivi mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana menderita penyakit berbahaya.
Symphony Band dianggotai oleh lima ahli iaitu Angga Adriansyah (vokal), Jeihan Abdy (bass), Sapta (keyboard), Rivi Andrico (drum) dan Izmi Agung Nugraha (gitar).
Sehingga kini, muzik video lagu Pergi Saja telah ditonton lebih 3,000 pengunjung YouTube sejak dimuat naik pada 8 September lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Naik Mahkamah Kes Cerai, Baim Wong - Paula Verhoeven Tak Bertegur

gempak
23/10/2024
21:55 MYT
Pasangan selebriti Baim Wong dan Paula Verhoeven pertama kali hadir ke mahkamah selepas hos tersebut memfailkan perceraian terhadap wanita itu baru-baru ini.
Hiburan

Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

gempak
23/10/2024
02:25 MYT
Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, dia dilahirkan di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri berwarna biru.
Nusantara

Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

gempak
22/10/2024
23:50 MYT
Bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
BorakSeeni