,
Laman Utama

“Tolak Tepi Agama Apa, Bangsa Apa,Janji  Kita Bantu Kita” - Netizen ‘Meremang’ Bila Masjid Jadi Tempat Berlindung Banjir Tanpa Kira Perbezaan...

Hanafis Haris
20/12/2021
09:19 MYT

Sejak kejadian banjir besar yang menimpa beberapa daerah sekitar Selangor Sabtu lalu, ada pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat berlindung.

Lebih manis lagi, perlindungan diberi tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Antara yang terawal memberi perlindungan adalah di di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Difahamkan, seramai lebih 200 individu mendapatkan perlindungan di kawasan itu susulan paras air yang meningkat di kawasan sekitar.

Masjid itu juga membuka pintunya buat mereka yang bukan beragama Islam.

BACA: “Semua Termasuk Bukan Islam Boleh Berlindung Di Masjid Tunku Ampuan” - Jemaah Bukit Jelutong

Dalam pada itu, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Tuan Haji Idris Haji Ahmad mengarahkan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan untuk menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.

Menurut kenyataan rasmi beliau, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut bersedia untuk menjadi tempat perlindungan sementara bagi membantu orang ramai.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaraskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.

“Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah bersedia dan juga akan menyediakan keperluan-keperluan yang bersesuaian.

“Pihak masjid juga menguruskan makanan melalui Program Dapur It'am dan JAWI Food Bank,” katanya.

Susulan daripada itu, ramai netizen meluahkan rasa syukurnya apabila tiada sebarang diskriminasi dibuat apabila membabitkan tempat perlindungan di masjid.

“Syukur meremang aku bila tahu masjid dijadikan tempat berlindung tak kira agama”

“Tolak tepi semua agama bangsa, paling penting sekarang soal kemanusiaaan”

“Alhamdulillah, ramai buka mata buka minda, janji nyawa diselamatkan,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid

gempak
20/11/2024
15:25 MYT
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Terkini

Netizen Kagum Budak Usia Tiga Tahun Sertai Pertandingan Tarian - “Mesti Dari Dalam Kandungan Dah Diajak…”

gempak
16/11/2024
15:55 MYT
Seorang kanak-kanak berjaya menarik perhatian netizen dengan kelincahan gerak tarinya semasa menyertai satu pertandingan tarian.
Hiburan

Kongsi Video Duet Bersama Rezza Shah, Netizen Komen Nyayian Sherry Ibrahim -  “Lebih Kurang Je Yang Viral Tu. Sekian. Jujur”

gempak
16/11/2024
09:55 MYT
Video nyanyian pelakon, Sherry Ibrahim bersama penyanyi, Rezza Shah di yang dikongsikan di Instagram berjaya meraih perhatian ramai.
Unitar