Laman Utama

“Tolong Jangan Salahkan Management, Mereka Bekerja Keras Untuk Tunaikan Impian Saya” - Nabila Razali

gempak
Hanafis Haris
18/03/2021
12:10 MYT
Sponsor Banner
“Tolong Jangan Salahkan Management, Mereka Bekerja Keras Untuk Tunaikan Impian Saya” - Nabila Razali
Penyanyi, Nabila Razali tampil menjelaskan mengenai tindakannya yang masih mahu beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Perkara itu dilakukan Nabila menerusi satu posting terbaru di Instagram Story sebentar tadi.
Menurut Nabila, menyanyi di pentas sebesar itu merupakan keputusannya sendiri.
“Itu pilihan yang saya buat, malah saya nikmati setiap saat persembahan tersebut. Tiada penyesalan,” katanya.
Tambah Nabila, dia juga berharap orang ramai tidak menyalahkan pihak lain termasuklah pengurusannya dalam insiden ‘terkucil’ tersebut.
“Tolong jangan salahkan team management saya kerana mereka telah bekerja keras untuk tunaikan impian saya,” katanya.
Terdahulu, penyanyi senior, Datin Alyah mempertikaikan tindakan individu di belakang Nabila Razali yang kelihatan seolah-olah sengaja membiarkan dia menjadi mangsa.
Menurut penyanyi tersebut, siapa yang membiarkan Nabila melakukan ini sepatutnya lebih peka.
“Saya bercakap berdasarkan pengalaman situasi berbeza di pentas yang sama,” katanya.
BACA: "Dia Kalah Bermaruah" - Sifatkan Nabila Razali Seperti Srikandi, Alyah Persoal Peranan 'Orang Belakang'
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live