Laman Utama

"Tolonglah... Saya Tak Tahu Apa Perlu Buat!" - Sherie Merlis Rayu Kuarantinkan Adik Positif COVID-19, Rumah Padat 11 Orang Bersesak!

gempak
Amri Hassan
22/08/2021
04:45 MYT
Sponsor Banner
"Tolonglah... Saya Tak Tahu Apa Perlu Buat!" - Sherie Merlis Rayu Kuarantinkan Adik Positif COVID-19, Rumah Padat 11 Orang Bersesak!
Pelakon Sherie Merlis, 48, buntu dengan keadaan keluarganya yang dibiarkan bersesak-sesak dalam rumah yang padat seramai 11 orang sementara menunggu tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lebih merisaukan apabila adik perempuannya yang punyai bayi berusia 10 bulan kini disahkan positif COVID-19.
"Saya buat live bersebab, pertamanya kerana saya dah buntu dan tak tahu nak buat macam mana lagi dah keadaan saya.
"Dalam 3 hari lepas adik saya demam, lepas tu dia pergi klinik kerajaan dia merayu minta check dan buat ujian swab. Mereka check dan dia positif COVID-19. Yang peliknya mereka suruh dia balik rumah.
"Adik saya terpaksa balik rumah dalam keadaan positif COVID-19 dan dia ada empat orang anak berusia 10 bulan, 4, 6 dan 7 tahun selain suami.
"Selain itu, saya dan dua anak saya berumur 7 dan 9 tahun terkandas di rumah dia sekarang ni.
"Di rumah ni juga ada bapa saya yang sakit jantung dan baru sahaja keluar hospital. Ibu saya menghidap Alzheimer dan terlantar atas katil.
"Rumah ini padat dan hanya ada dua bilik, satu bilik untuk ibu bapa saya dan lagi satu adik saya guna," katanya dalam sesi siaran langsung Instagram pada Ahad.
Bagaimanapun, usahanya untuk mendapatkan bantuan KKM menemui jalan buntu apabila tindakan susulan dan keputusan untuk dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 hanya akan diputuskan pada Isnin.
"Saya hubungi KKM dan mereka janji untuk datang secepat mungkin untuk swab test. Tapi tak datang, mereka maklumkan kena tunggu sampai Isnin. Memang tak masuk akal!
"Bila adik saya kena tunggu saya dah risau, sekurang-kurangnya maklumkan pada saya apa patut buat dengan adanya kanak-kanak dan warga emas kurang sihat di dalam rumah ini," tambahnya.
Situasi semakin meruncing apabila adik iparnya yang sudah lengkap dua dos vaksin mengalami gejala demam panas selain anak saudaranya yang sudah mulai sakit tekak.
"Pagi tadi suaminya demam panas dan anaknya yang berusia empat tahun sudah sakit tekak. Tinggal saya seorang yang sihat dalam rumah ni untuk menjaga semua.
"Tolong saya, selain KKM siapa lagi boleh tolong kuarantinkan adik saya dan baby dia sebab baby dia menyusu dia. Tolonglah.. Saya tak tahu apa nak buat.
"Nak marah saya marahlah, sebab ini kenyataan. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak dan ibu bapa saya," tambah Sherie lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live