HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
Pesohor Hollywood, Tom Cruise dianugerah Guinness Book of World Records menerusi aksi lasak yang dilakukan dalam francais filem Mission: Impossible.
Cruise menerima pengiktirafan tersebut menerusi terjunan payung terjun terbakar yang dilakukan individu dengan 16 kali aksi, lapor CNN.
“Tom Cruise bukan hanya seorang pelakon aksi tetapi seorang hero,” ujar Editor-in-Chief of Guinness World Records, Craig Glenday.
Aktor itu juga disifatkan sebagai telah menjadi sebahagian penting daripada kejayaan dan individu yang telah melakukan sesuatu di luar kemampuan.
“Kami sangat teruja kerana dapat memberi pengiktirafan kepada beliau di atas keberaniannya menerusi gelaran yang diberi Guinness World Records.
Untuk rekod, Cruise telah melakukan aksi lasak sendiri dalam siri Mission: Impossible - The Final Reckoning yang merupakan filem kelapan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996.
Menerusi video yang dikongsikan YouTube Paramount Pictures mengenai sebalik tabir pembikinan filem tersebut, Cruise dilihat berbincang tentang logistik untuk melakukan aksi lasak tersebut.
‘Saya perlu peka. Jika payung terjun ini berpusing sewaktu terbakar, saya akan ikut terbakar,” katanya. Klip tersebut memperlihatkan Cruise terjun daripada helikopter dengan payung terjun yang terbakar. Ia merupakan aksi yang lebih berani daripada yang pernah dilakukan Cruise sebelumnya.
Must-Watch Video