Hello (saluran 110) merupakan sebuah saluran hiburan baharu yang boleh ditonton secara percuma oleh semua pelanggan Astro dan Prabayar NJOI termasuklah Astro GO dan NJOI Now. Saluran ini boleh dinikmati dalam kualiti berdefinisi tinggi (HD).
Bakal memulakan siaran pada 7 Ogos ini, Hello merupakan saluran yang sesuai buat seluruh isi keluarga di mana seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi kandungan antarabangsa seperti drama bersiri Inggeris, kartun dan program variasi, drama Korea popular, filem serantau dan Eropah, program-program tempatan serta berita terkini.
Peminat drama bersiri Inggeris kini boleh menikmati drama ‘Good Behaviour & The Last Ship’ lakonan Letty Raines dan berhibur dengan trik-trik magik oleh Michael Carbonaro dalam rancangan ‘The Carbonaro Effect’. Tidak ketinggalan, peminat drama Korea turut boleh menonton lakonan pelakon kegemaran mereka, Nam Joo-hyuk, menerusi drama bersiri ‘Weightlifting Fairy Kim Bok-joo’ dan juga drama ‘Shopaholic Louis’.
Buat penonton cilik, Hello menawarkan rancangan berbentuk edutainment seperti animasi ‘Cam & Leon’ dan ‘Didi & Friends’. Selain itu, terdapat juga rancangan kartun lain yang menarik seperti ‘We Bare Bears’, ‘Ben10’ dan ‘Adventure Time’.
Selain itu, siri Gempak Original iaitu ‘Mata Cinta’ yang dibintangi oleh Juliana Evans, Julien Buteau dan Syamim Farid, ‘3 Gadis Manis musim ke-2’ yang dibintangi oleh Hannah Delisha, Yaya Zahir dan Dee Alhadi serta program ‘Road Thrift’ juga boleh ditonton menerusi saluran Hello!
Peminat filem pula pasti teruja dengan kandungan serantau dan antarabangsa yang akan turut bersiaran di saluran baharu ini seperti kandungan dari produksi Korea Selatan; ‘200 Pounds Beauty’ dan ‘Seducing Mr. Perfect’. dan kandungan dari produksi Eropah seperti ‘Forever Hockey’ (Pour toujours, les Canadiens!). Penonton juga boleh mengikuti berita-berita terkini yang disiarkan Astro Awani.
Menarik lagi, Hello juga akan menyajikan kandungan antarabangsa premium daripada Warner TV, Oh! K, Cartoon Network, TruTV, tvN Movies, A-List; kandungan tempatan daripada Ceria, TVIQ dan Gempak; berita-berita terkini daripada Astro Awani; dan saluran perkhidmatan membeli-belah dari keselesaan rumah, Go Shop.
Pelanggan Astro boleh menyemak senarai program yang ditawarkan Hello (saluran 110) melalui saluran televisyen Astro, Prabayar NJOI dan juga aplikasi talian dan mudah alih; Astro GO dan NJOI Now. Astro GO dan NJOI Now boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple Store.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hello (saluran 110) dan seleksi programnya, sila layari www.astro.com.my.
Teks: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Mon Aug 06 2018
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTo
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
RTM memilih untuk menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat susulan beberapa kontroversi yang tercetus.
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi