gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"
GAYA HIDUP
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
HIBURAN
Fattah Amin Ulas Dakwaan Dibayar Jutaan Ringgit Jadi Duta Minuman Tenaga Orang Kampung - "Fasal Bayaran Ni..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO RAMADAN 2025

Tony Eusoff, Joey Daud & Evertts Gomes Meriahkan Booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Di Bazar Ramadan Shah Alam

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
08/03/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Tony Eusoff, Joey Daud & Evertts Gomes Meriahkan Booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Di Bazar Ramadan Shah Alam

Membawakan konsep “Tengok Hari Ini Dan Esok Boleh Beli”, program realiti drama masak pertama di Malaysia, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai masakan yang sudah di masak dalam rancangan tersebut.

Bertapak di bazar ramadan Shah Alam, gerai Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu undangan dalam program tersebut antaranya Tony Eusoff, Joey Daud dan Evertts Gomes.
Menurut Tony, dia sangat gembira dapat meluangkan masa hadir ke gerai tersebut kerana bukan sahaja dapat merasai pengalaman menjual malah dia juga dapat berjumpa dengan peminat dan mengeratkan hubungan silaturahim.
“Saya rasa ini adalah satu peluang yang bagus kerana selain datang untuk support program yang kita buat ia juga memberi peluang kepada saya untuk berjumpa dengan orang ramai yang hadir di bazar ramadan Shah Alam,” kata Tony.
Sementara itu, pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Evertts Gomes juga meluahkan rasa gembira kerana dapat merasai kembali menjual sewaktu bulan ramadan.
“Ini bukan pertama kali saya menjual sewaktu bulan ramadan, semasa di Sabah pernah tolong kawan jual air di bazar jadi bila dapat peluang hari ini saya sangat seronok,” ujarnya kepada Gempak.
Selain Tony dan Evertts, program yang dikendalikan oleh Che Ton (Sherry Al-hadad), Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) turut menanmpilkan watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel) serta ramai lagi.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan#DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.

Topic Berkaitan
#Tony Eusoff
#Joey Daud
#Evertts Gomes
#Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement