HIBURAN
Tony Eusoff Tak Selesa Berada di Tempat Ramai Orang, Boleh Rasa Axienty - “Konsert Pun Saya Tak Boleh Pergi Sebab…”
Pelakon, Tony Eusoff mendedahkan bahawa dia tidak boleh berada dikawasan yang mempunyai ramai orang.
Jelasnya sekiranya dia berada dikawasan yang sesak dia akan cepat merasa rimas dan akan mula rasa gelisah.
“Sejujurnya ini adalah pertama kali saya datang ke bazar ramadan dalam hidup saya sebab dulu semasa saya mula-mula datang KL saya pergi ke bazar ramadan saya rasa rimas dan ada rasa axienty bila terlalu ramai orang.
“Jadi selepas itu saya memang langsung tak pernah datang ke bazar ramadan atau kemana sahaja tempat yang ada ramai orang. Konsert pun saya tak boleh pergi sebab ramai orang walaupun saya minat artis itu,” katanya kepada Gempak.
Selain pasar malam atau bazar ramadan, Tony juga berkongsi tidak akan berkunjung ke pusat membeli belah jika tiada sebarang keperluan.
Namun ada masa, dia harus akur untuk pergi ke pusat membeli belah atas tuntutan kerja dimana dia harus menghadiri malam gala.
“Tapi kalau perlu itu saya terpaksa buat juga contohnya nak pergi membeli-belah sebab nak beli barang atau saya perlu pergi hadiri malam gala untuk filem saya akan pergi. Hanya untuk tuntutan kerja sahaja saya akan pergi,” jelasnya.
Bagaimanapun, Tony meluahkan rasa gembira untuk sama-sama menyertai sesi jualan di booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton.
Kata Tony atau nama lengkapnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, kedatangannya di booth berkenaan memberi peluang kepadanya untuk berjumpa dengan peminat sambil merasai pengalaman menjual bersama dua rakan selebriti lain Joey Daud dan Evertts Gomes.
“Saya rasa ini adalah satu peluang yang bagus kerana selain datang untuk support program yang kita buat ia juga memberi peluang kepada saya untuk berjumpa dengan orang ramai yang hadir di bazar ramadan Shah Alam,” kata Tony.
Must-Watch Video