Skip to main content

Berita Tempatan

Tony Fernandes Baca Buku Tentang Akhlak Nabi Muhammad, Ini Respons PU Amin...

tony1.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi kepada umum aktiviti yang dilakukannya di rumah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Tony memaklumkan dirinya menghabiskan masa yang ada dengan membaca sebuah buku keagamaan.
 
"Meluangkan sebahagian masa terluang yang ada untuk memahami saudara dan saudari saya dan agamanya. Masa untuk kita semua memahami, belajar dan bertoleransi.
 
"Sebuah buku yang menakjubkan. Gunakan masa anda untuk memperbaiki diri dan belajar lebih banyak lagi," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.



Apa yang menariknya, grafik kulit muka depan buku berkenaan yang memaparkan kaligrafi jawi itu mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Must-Watch Video

Advertisement