Laman Utama

“Too Much!” – Tak Tapis Bahan Review, Safiey Illias Ditegur Warganet

gempak
Fiza Kamarudin
06/08/2020
00:10 MYT
Sponsor Banner
“Too Much!” – Tak Tapis Bahan Review, Safiey Illias Ditegur Warganet
Gara-gara tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di laman sosial Instagram (IG), pengasas kosmetik Safiey Illias dikecam warganet.
Ramai yang tidak berpuas hati apabila Safiey memuat naik video seorang wanita bertudung membuka baju sehingga menampakkan sebahagian payudara.
Melabelkan strategi pemasaran tersebut sebagai biadab, warganet juga menegur Safiey kerana tidak menapis dan memilih bahan reviu.
“Saya mohon sangat kalau awak nak terima review macam ni mohon la yang buat video tu tak tutup kepala dengan selendang.
“Marketing sampah! Please la jangan jadikan produk korang as produk sampah sebab cara marketing ni,” antara komen ditulis warganet.
Selain itu, pengikut IG juga berang kerana tindakan pemilik produk yang memakai tudung dan menayang aset itu seolah-olah mempermainkan serta menghina agama Islam.
“Please respect, nak meniaga pun ada cara. Siapa ajar meniaga dengan menjatuhkan martabat agama? “Inilah fitnah ke atas Islam yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri,” tegur yang lain pula.
Bagaimanapun selepas dihujani ribuan komen yang menghentam produk tersebut, Safiey dilihat telah menutup ruangan komen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live