Tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, sekali lagi berdepan tragedi.

Kali ini ia membabitkan kematian tiga pekerja pembinaan warga negara China manakala seorang pengguna jalanraya cedera di dalam kejadian ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. (Prolintas), pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Melalui kenyataan media yang diberikan kepada Gempak, pihak pemaju mengesahkan kejadian kemalangan berlaku di tapak pembinaan SUKE awal pagi tadi.

"Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan," kata kenyataan tersebut.

Susulan kejadian tersebut, pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, pemaju SUKE berkata pasukan Emergency Response Team SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu pihak Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan, kren 'launcher' yang jatuh itu menghempap sebuah kereta Perodua Bezza menyebabkan pemandu yang merupakan seorang warga tempatan parah.

Dua mangsa dipercayai telah jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia, sementara seorang pekerja lagi tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya.

Namun menerusi perkembangan terkini yang diberikan oleh pihak Prolintas, mangsa ketiga itu juga telah meninggal dunia.

Memetik laporan BERNAMA, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya.

"Kontraktor ini boleh disenarai hitam, tidak diberi projek langsung selama dua tahun," kata Fadillah yang juga menggesa pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyiasat jika kontraktor tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pihak SUKE menerusi Twitter @mySUKEOfficial kemudian memaklumkan lencongan bagi kerja kerja pembersihan giat dijalankan, sekaligus jalan dari kedua dua arah ditutup bermula hari ini sehingga 28 Mac 2021.



Lencongan bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan insiden di Persiaran Alam Damai:

1. Lencongan & Penutupan jalan sementara di Persiaran Alam Damai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan di Alam Damai berikutan kemalangan yang berlaku berdekatan Puncak Banyan.

2. Pengguna dari arah Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang ingin menuju ke Alam Damai akan dilencongkan ke Jalan Cerdas (Pasar Malam Taman Connaught) untuk keluar ke Jalan Alam Damai berhampiran OCBC Bank, melalui Altitude 236 (Rujuk Peta Laluan Alternatif Berwarna Hijau)

3. Semasa penutupan dijalankan, hanya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran penutupan (Altitude 236, Mandarina, UCSI & Puncak Banyan Kondominium) sahaja yang dibenarkan menggunakan laluan tersebut.

4. Penempatan pengawal trafik dan lalulintas, kon keselamatan dan papan tanda amaran dan arah akan diletakkan di sepanjang laluan yang terlibat.

Pengguna di nasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah, kelajuan dan keselamatan serta arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut


Kredit Foto: Awani
Twitter: @mySUKEOfficial