Skip to main content

Hiburan

Shahronizam Bakal Jalani Kemoterapi, Ada Ikhtiar Berubat Kampung Rawat Kanser Tulang

Shahronizam

Sekilas

  • Pelakon Shahronizam Noor disahkan menghidap kanser tulang dan akan menjalani CT scan pada 9 Julai untuk memantau perkembangan penyakitnya.
  • Doktor mencadangkan rawatan kemoterapi sebanyak enam kitaran yang memerlukan tempoh kira-kira enam bulan dan akan menjejaskan aktiviti kerjanya.
  • Selain rawatan moden, Shahronizam juga mencuba rawatan tradisional dan menerima sokongan padu daripada rakan selebriti serta pihak produksi sepanjang tempoh rawatan.

Pelakon Shahronizam Noor, berkongsi keadaan kesihatannya selepas disahkan menghidap kanser tulang pada tahun lalu.

Menurut Shahronizam, dia bakal menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan) pada 9 Julai depan sebelum bertemu dengan pakar onkologi melihat pula perkembangan kansernya.

Dalam masa yang sama, Shahronizam memaklumkan bahawa doktor turut mencadangan untuknya supaya kemoterapi sebagai langkah efisien untuk merawat kanser.

“Mungkin daripada CT scan itu nanti kita boleh lihat bagaimana perkembangan atau status kanser itu. Sebelum ini, doktor onkologi mencadangkan supaya saya menjalani kemoterapi.

“Rawatan kemoterapi yang dicadangkan doktor sebanyak enam kitaran. Setiap kitaran memerlukan saya dimasukkan ke hospital selama lima hari sebelum berehat selama tiga minggu untuk meneruskan kitaran seterusnya.

“Proses itu akan berterusan sehingga enam kitaran dan mengambil masa kira-kira enam bulan. Jadi, kalau saya mula menjalani kemoterapi, agak sukar untuk saya bekerja seperti biasa,” katanya kepada Gempak.

Shahronizam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama terbaharu lakonannya, Bidadari Tanpa Syurga siaran bertempat di Banglo 289, pada Rabu.

Tambah suami kepada penyanyi Safura itu, dia juga melakukan ikhtiar merawat sakit menerusi rawatan tradisional.

“Bukan setakat rawatan moden sahaja yang saya lakukan, tetapi saya juga berikhtiar melalui rawatan tradisional dengan air penawar,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 53 tahun itu bersyukur dengan sokongan diberikan rakan selebriti serta pihak produksi sepanjang berdepan ujian itu.

“Ramai rakan selebriti yang bertanya khabar, telefon dan mesej. Mereka tanya keadaan saya bagaimana dan sebagainya. Ramai yang anggap saya seperti adik, terutama rakan-rakan yang lebih senior.

“Mungkin mereka nampak saya macam baik-baik sahaja. Tetapi kita sendiri tahu bagaimana keadaan badan kita, lebih-lebih lagi apabila berdepan kanser tulang.

“Perkara itu memang membuatkan saya sangat terharu. Ada kawan-kawan yang sanggup susah bersama saya dan cuba memudahkan urusan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Shahronizam dilapor mengalami kesakitan pada bahu kanan, namun, tidak menyangka rupa-rupanya kesakitan itu datang daripada tumor pada bahagian scapula.

Ogos tahun lalu, Shahronizam dilapor membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ampang dan kemudian kesnya dirujuk ke Hospital Ampang.

Pada 12 September lalu Shahronizam menjalani proses ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Ampang, sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement