BERITA
Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti
Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu didapati hampir dua kali ganda melebihi had laju yang ditetapkan.
Dalam Laporan Awal Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan had laju di lokasi kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak itu adalah 60 km/j.
Kelajuan paling berkemungkinan semasa kejadian adalah 117.6 km/j dan kelajuan ini melebihi kelajuan kritikal untuk terbalik iaitu sekitar 111.3–114.5 km/j yang telah ditentukan melalui analisis teknikal.
Terdahulu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli - Grik berhampiran Tasik Banding, Perak.
Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan direman sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 40 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami dalam nahas berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video