Skip to main content

Transformasi Ekstrem Demi Kerja, Zul Ariffin Turun 20 Kg Dalam Masa 2 Bulan - “Rendah Karbohidrat, Rendah Gula…”

astro_gempak_transformasi-ekstrem-demi-kerja-zul-ariffin-turun-20-kg-dalam-masa-2-bulan-rendah-karbohidrat.jpg
Pelakon, Zul Ariffin sekali lagi membuktikan komitmen luar biasa terhadap setiap karakter lakonan yang dibawanya.
 

Transformasi ekstrem

Terbaharu, Zul menerusi hantaran di Instagramnya mendedahkan dia telah menjalani transformasi fizikal ekstrem selama 60 hari sebagai persiapan untuk filem aksi terbarunya.
 

“Hari ini hari ke 60. Genap dua bulan pengorbanan, 20 kg turun. 101 kg hingga 81 kg. Dua black out, satu hidung berdarah.
 
“Banyak migrain dan pening, rendah karbohidrat, rendah gula, semua rendah lah. Masih dua tiga jam latihan setiap hari,” kongsinya.

 

Cabaran terbesar

Tambah Zul lagi, penurunan berat badan itu merupakan antara cabaran terbesar dalam hidupnya.
 

“Tidak mudah, malah ia merupakan salah satu cabaran terbesar yang saya tempuhi setakat ini. Kali terakhir saya mencuba adalah pada sembilan tahun lalu dan itu hanyalah 12 kg.

 
“Saya kata saya akan melakukannya tetapi secara jujurnya saya berasa tidak yakin sepenuhnya. Kadang-kadang anda hanya perlu tempuhinya secara terus.
 
“Bersedia untuk mulakan penggambaran Furious,”kongsinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Terdahulu, Zul sebelum ini mendapat perhatian dari segi lakonan dan penampilannya menerusi filem box office iaitu Sheriff.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement