Laman Utama

#TravelMana: Dah Ready Nak Bercuti? Ini Itinerari 4 Hari 3 Malam Di Pulau Langkawi Untuk Pasangan Bulan Madu

gempak
Azwa Rahman
10/09/2021
13:40 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Dah Ready Nak Bercuti? Ini Itinerari 4 Hari 3 Malam Di Pulau Langkawi Untuk Pasangan Bulan Madu
Susulan pulau Langkawi bersedia menerima kedatangan pelancong bermula 16 September ini di bawah projek rintis bagi program gelembung pelancongan, pasti ramai yang teruja dan tidak sabar untuk bercuti.
Selain bercuti bersama keluarga dan teman-teman, apa kata pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengambil kesempatan untuk menikmati bulan madu mereka di Pulau Langkawi.
Memetik laporan majalah Libur, seorang wargamaya Muhammad Syahredzuan dari Group Backpackers Buddies Malaysia berkongsi itinerari 4 hari 3 malam untuk pasangan suami isteri berbulan madu ke Pulau Langkawi.
LANGKAWI (TRIP BULAN MADU)
Hari pertama
– Check in Alia Residence – Paddy field, Kampung Bawah – Hafiz rojak – Pantai Kok for sunset
Hari kedua
– Mangrove tour at Geopark Forest – Pantai Tanjung Rhu – Check in Vivanta Resort, Rebak Island
Hari ketiga
– Nasi Dagang Pak Malau – Pantai Pasir Tengkorak – Teluk Datai – Air Terjun Temurun – Check in Lavigo Resort – Pantai Cenang for nightlife
Hari keempat
– Nasi lemak 5A, Pantai Tengah – Cable car – Check in Dash resort
Hari kelima
– Kak Yan Nasi Campur – Haji Ismail group – Check in Cassa Kaseh Guesthouse – Sunset cruise by wise lee – Pantai Cenang for nightlife
Info tambahan:
1. Alia Residence: Dekat dengan airport dan pantai cenang. Sesuai untuk family/ anak-anak kecil sebab ada pool yang luas dan ada access direct to the beach.
2. Vivanta resort, Rebak Island: Sesuai untuk honeymoon. Superb view dengan pemandangan yatch park at the dock. Perlu beli makanan dari luar (cenang etc.) kalau tak ambil pakej dinner. Boat transfer dari jeti Cenang ke Vivanta adalah percuma dan waktu boat transfer mengikut waktu yang telah ditetapkan.
3. Lavigo Resort, Pantai Cenang: Harga berpatutan dengan lokasi yang dekat dengan Pantai Cenang. Hotel baru dengan bilik luas dan selesa pada harga RM100/night.
4. Dash Resort, Pantai Tengah: One of the best hotel in langkawi. View, entertainment, vibes was perfect. Swimming pool open for public with rm35/ day starting 11.00am until 9.00pm. For weekend, bbq night provided (fresh lobster, lamb grill etc) free-flow rm150/pax inc fire show.
5. Cassa Kaseh Guesthouse: Dekat dengan pantai cenang dan airport. Kawasan hotel and bilik bersih. Affordable price RM54/night.
KERETA SEWA: – Axia RM60/ day + minyak RM30/ 5 days – 012 4020038 (Kak Sofea) – 017 5571251 (carreta.sewa sdn bhd)
SUNSET CRUISE: Aktiviti yang paling awesome dan wajib kalau datang Langkawi. Harga berbeza bergantung pada jenis boat/ pakej yang ditawarkan (RM69-RM150) – 012 5756888 (Lee)
Buat mereka yang bakal bercuti di Langkawi tidak lama lagi, pastikan anda mematuhi semua SOP yang telah disediakan dan sentiasa berhati-hati. Selamat bercuti!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024