Sempena Gempak Most Wanted Awards 2023 yang bakal tiba, pastinya ramai peminat tidak sabar mahu menyaksikan selebriti atau pempengaruh kegemaran mereka menerima anugerah berprestij tersebut.

Tetapi untuk peminat yang datang dari jauh, pasti ramai mencari tempat untuk beristirehat selepas hari yang memenatkan.

Oleh itu, berikut adalah 5 hotel berdekatan Putrajaya International Convention Centre (PICC) di mana Anugerah Gempak Most Wanted 2023 bakal berlangsung:

1. Dorsett Putrajaya



Terletak hanya 4.5 kilometer dari PICC, hotel empat bintang ini menawarkan harga dalam anggaran RM200-RM1000 untuk satu malam. Selain itu, kemudahan seperti kolam renang dan sarapan pagi turut disediakan oleh pihak hotel. Tempah bilik di www.agoda.com

2. DoubleTree Putrajaya Lakeside



Hotel bertaraf lima bintang ini terletak hanya empat minit dari PICC. Dengan anggaran harga bermula dari RM400 semalam, hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Tempah bilik di www.traveloka.com.

3. Dash Box Hotel Cyberjaya



Dengan jarak 6.9 kilometer dari PICC, Dash Box Hotel sesuai untuk pengunjung yang sedang dalam bajet perbelanjaan. Dengan harga bermula dari RM200 semalam, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati bilik yang selesa, malahan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan tempat barbeku turut disediakan. Tempah bilik di www.agoda.com.

4. The Everly Putrajaya



​Hanya 10 minit dari PICC, harga menetap di The Everly Putrajaya beranggaran dalam RM200 untuk semalam. Bertaraf empat bintang, pengunjung boleh menikmati pemandangan seperti tasik dan Masjid Putrajaya berdekatan. Buat tempahan bilik di www.booking.com.

5. Inap Desa Putrajaya

Inap Desa Putrajaya sememangnya sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahukan suasana hotel. Hanya 4 kilometer dari PICC, tempat ini sesuai untuk mereka yang datang beramai-ramai dengan keluarga. Tempahan boleh dilakukan di www.agoda.com.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.

Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.

Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.