Destinasi percutian popular di Ipoh Perak, Tasik Cermin sudan dibuka semula untuk kunjungan umum selepas ditutup beberapa bulan lalu lantaran tular video seorang lelaki yang terjun ke tasik tersebut.

Terkini, banyak perubahan yang telah dilakukan di kawasan Tasik Cermin ini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

Selain penambahbaikan fasilti, bayaran masuk ke Tasik Cermin yang dikenakan bayaran.

Bayaran bagi tempat parkir kereta dikenakan sebanyak RM5, manakala RM2 dicas untuk setiap orang yang masuk ke dalam.

Walaupun begitu, kawasan Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Kinta ini tidak membenarkan orang ramai mandi-manda di kawasan tasik berkenaan.

Pembangunan tersebut sekaligus bakal menjadikan Tasik Cermin menjadi produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Ipoh.

Difahamkan, pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh berkonsepkan rendah karbon yang menggunakan bahan mesra alam.

Sekadar info, Tasik Cermin Eco Park merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan tular di aplikasi TikTok.