,
Laman Utama

#TravelMana: Lepas Raya Nak Sambung Cuti Ke Mana? Tak Perlu Kuarantin, 5 Negara Asia Ini Boleh Anda Kunjungi!

Azwa Rahman
30/04/2022
07:22 MYT
Buat mereka yang ada cuti raya berlebihan tu dan tak tahu nak pergi mana, tahukah anda ada lima negara di Asia yang sudah membuka sempadan negara mereka untuk tujuan pelancongan.
Sudah dua tahun berada dalam fasa pandemik, seronok juga sekali-sekala keluar bercuti di luar negara ni, yang penting dekat dan tidak terlalu mahal.
Jom semak lima negara yang anda boleh kunjungi selepas lebaran ini:
1. Singapura
Jiran Malaysia ini sudah mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) mereka dengan melonggar beberapa syarat untuk penduduk serta pelancong luar.
Mereka yang telah lengkap status vaksinasi tidak perlu lagi mengambil ujian COVID-19 untuk memasuki Singapura. Selain itu, pemakaian pelitup muka hanya wajib ketika berada di ruangan indoor. Lebih menyenangkan, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi TraceTogether untuk check-in (kecuali di acara besar yang lebih 500 orang). Menarik kan? Boleh la lajak ke Singapura kalau beraya di negeri Johor nanti.
2. Indonesia
Siapa sahaja yang tak merindui makanan Indonesia, masyarakatnya yang ramah dan seni budayanya yang sentiasa terpelihara.
Bagi pelancong luar, anda sudah tidak perlu menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja tiba di sana. Tetapi, anda perlu menyediakan keputusan ujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berangkat, insuran COVID-19, lengkapkan tempahan hotel minimum untuk 4 hari di mana-mana hotel yang diiktiraf CHSE.
Anda juga perlu muat turun aplikasi ‘PeduliLindungi’ dan ‘Karantina Presisi’ di telefon bimbit anda.
3. Thailand
Rindunya nak makan makanan Thai, main pantai, ‘masat kaki’ dan bergembira di Thailand! Jika anda merindui Phuket atau Krabi, lepas raya ni dah boleh plan trip anda.
Menjejakkan kaki di Thailand, anda tidak perlu menjalani tempoh kuarantin. Malah, mereka yang lengkap status vaksinasi tidak perlu lagi menjalani ujian COVID-19 ketika ketibaan.
Anda cuma perlu mendaftar diri untuk pas masuk melalui Thailand Pass dan sediakan sijil lengkap vaksinasi anda.
4. Korea Selatan
Anyeong! Peminat Kpop dah boleh siap packing beg untuk percutian epik ke Korea Selatan setelah sekian lama.
Berita baiknya, anda tidak perlu lagi menjalani tempoh kuarantin tetapi dengan beberapa syarat. Anda perlu mematuhi beberapa prosedur antaranya membuat ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 2 hari sebelum berangkat, satu ujian PCR sebaik tiba, menggunakan K-ETA (alat khas buat pelancong tanpa visa) dan juga dapatkan Q-Code setelah anda dapat ujian keputusan PCR sebelum berangkat.
Dengan patuhi semua arahan ini, anda akan dikecualikan dari kuarantin! Selain itu anda perlu lakukan ujian rapid COVID-19 pada hari keenam anda berada di sana. Jadi, boleh bawa test kit sendiri dari Malaysia.
5. Maldives
Antara lokasi yang menjadi idaman ramai pengantin baru untik berbulan madu!
Terkenal dengan air laut yang jernih, putihnya pasir pantai dan resort yang mewah, anda dah boleh pertimbangkan keputusan untuk berkunjung ke negara cantik ini!
Anda tidak perlu lagi kuarantin jika keputusan ujian COVID-19 anda negatif. Anda cuma perlu mengisi borang deklarasi kesihatan setibanya di sana. Selamat melancong!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

gempak
22/11/2024
11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Hiburan

Mahu Beri Pengalaman Terbaik, Khairul Aming Rancang Sendiri Tentatif Percutian Staf - “Tanpa Kerja Keras Mereka, Saya...”

gempak
02/11/2024
02:09 MYT
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila percutiannya bersama staf baru-baru ini berjalan dengan lancar.
Gaya Hidup

"Makin Ramai Yang Melancong, Termasuk Destinasi Dekat" - Agensi Pelancongan Optimis Prospek Industri Pelancongan Malaysia, Teruskan Tradisi Cabutan Bertuah Pelanggan Setia

gempak
28/10/2024
15:08 MYT
Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din optimis dengan perkembangan industri pelancongan di Malaysia.
Hiburan

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Bawa Staf Bercuti Hampir RM1 Juta, Netizen: - “Nak Jadi Staff Juga..”

gempak
21/10/2024
09:25 MYT
Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming berjaya  mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan kos perbelanjaan percutian stafnya dan kos kerugian yang ditanggung apabila kilang ditutup.
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Unitar