Laman Utama

#TravelMana: Nak Travel Solo Tapi Takut, Cabar Diri Dengan Enam Destinasi Selamat Ini, Confirm Puas Hati!

gempak
Azwa Rahman
04/03/2021
14:00 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Nak Travel Solo Tapi Takut, Cabar Diri Dengan Enam Destinasi Selamat Ini, Confirm Puas Hati!
Selamat Hari Wanita sedunia diucapkan kepada semua pembaca Gempak!
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita kali ini, #TravelMana ingin meraikan destinasi yang boleh semua wanita travel secara solo.
Menerusi tinjauan global Klook 2019, 66 peratus respondan wanita menyatakan mereka pernah menggembara secara solo atau berminat untuk melakukannya.
Sudah menggembara ke 28 negara di seluruh dunia, saya senaraikan enam destinasi yang para wanita boleh terokai secara solo berdasarkan pengalaman saya sendiri.
1. Bangkok, Thailand
Ibu negeri bagi negara jiran Thailand ini sering menjadi pilihan bagi wanita untuk melatih diri mereka mengembara secara solo.
Bangkok boleh saya katakan sebagai selamat bagi pengembara solo kerana kawasannya happening, masyarakatnya yang ramah serta menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia lain. Jadi, anda tidak akan berasa terlalu asing berada di luar tanah air.
Cuma anda perlu berhati-hati dengan penyeluk saku dan sentiasa menjaga keselamatan dompet, pasport dan beg anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.
2. London, United Kingdom
Menjejakkan kaki ke benua Eropah tidak menjadi masalah bagi pengembara solo wanita. Anda hanya perlukan sedikit keberanian untuk menggembara secara sendirian di benua berpuluh ribu batu jauhnya.
Mencari tempat tinggal dengan bajet yang berpatutan serta makanan halal bukanlah satu perkara yang sukar di London. Kemudahan pengangkutan awamnya juga sangat efisien untuk memudahkan perjalanan anda.
Berada jauh daripada tanah air membuatkan anda tahu akan kebolehan dan kekuatan diri sendiri yang sebelum ini anda tidak sedar.
3. Bali, Indonesia
Destinasi yang terkenal dengan pantai dan kompleks budaya ini boleh anda tekorai sendiri tanpa perlu teman mahu pun pemandu pelancong.
Sesuai untuk merehatkan minda, anda boleh memilih kawasan yang kurang sesak seperti Ubud dan Canggu untuk beristirehat.
4. Istanbul, Turki
Istanbul merupakan satu bandar yang cantik dan sesuai untuk pengembara solo wanita. Negara Islam yang terletak di benua Eropah ini bakal menggembirakan hati penggemar sejarah dan budaya.
Anda boleh bergerak secara sendiri ataupun memilih untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk menyelurusi bandar Istanbul yang cukup luas.
Makanan halal yang enak, pemandangan yang menakjubkan serta syurga membeli-belah, Istanbul wajib ada dalam senarai destinasi solo anda tidak lama lagi.
5. Athens, Greece
Padat dengan sejarah Greek dan momumen menakjubkan, kunjungan ke Athens boleh dilakukan secara oleh wanita yang cekal semangat.
Tidak perlu risau dengan kekangan bahasa, masyarkat di Athens sedia membantu para pelancong yang datang ke kawasan mereka.
Namun, anda harus berhati-hati dengan penyeluk saku dan mereka yang melakukan scam secara halus. Membeli-belahlah di plaza yang dikenali umum untuk elak ditipu.
6. Tokyo, Jepun
Pertama kali menjejakkan ke destinasi ini, hati saya terdetik untuk kembali secara solo. Tokyo menjanjikan keselamatan dan kemudahan buat wanita yang ingin mengembara secara solo.
Orangnya yang peramah dan berdisplin, pengangkutan awamnya yang mudah, anda boleh berjalan-jalan ke Tokyo tanpa rasa gusar.
Buat anda yang mahu mulakan penggembaraan secara solo tetapi masih ragu-ragu, tak mengapa. Mulakan dengan destinasi yang dekat dahulu untuk anda mengenalpasti kemampuan diri.
Travel secara solo menjanjikan pengalaman yang berbeza dan inilah masanya anda mencari kenalan di negara luar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live