Hanya memandu sejauh 50 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, taman tema outdoor yang paling dinanti-nantikan sudah dibuka untuk kunjungan rakyat Malaysia.

Tepat dengan slogannya sebagai ‘kota keriangan’, taman tema Genting Skyworlds memberikan anda satu pengalaman hebat, sama hebat dengan taman tema besar lain di luar negara.



Berkesempatan menghadiri pelancarannya pada Isnin lalu, inilah lokasi yang tepat untuk anda yang mencari keseronokan berganda selain aktiviti membeli-belah dan makan-makan.

Walaupun ada beberapa permainan yang masih dalam fasa percubaan dan tidak dibuka pada umum, apa yang ada sudah cukup mrmbuatkan kami lelah keriangan.

Untuk anda yang merancang perjalanan ke Genting Skyworlds, apa kata cuba lapan permainan ini. Daripada yang paling takut kepada yang paling santai, kami yakin anda akan terasa puas!


1. Alpha Fighter Pilots



Penggemar ledakan adrenalin boleh cuba naik Alpha Fighter Pilots yang terletak di Andromeda Base.

Permainan ini yang menggerunkan ini akan membuatkan anda berpusing terbalik selama 90 saat. Rasa macam sekejap tapi bila dah naik, hati menjerit kenapa lama sangat!

Pastikan anda tidak memegang sebarang alatan, aksesori dan poket seluar juga kosong bagi menggelakkan ada benda yang jatuh ke bawah. Keseluruhan, memang best!

Darjah ketakutan: 4/5

2. ESD Global Defender



Bila dah berpusing, menjeritlah sepuas hati! ESD Global Defender ini boleh tahan gerun kerana anda perlu menaikinya secara bersendirian.

Permainan ini terletak di Central Park akan membawa orang ramai berpusing 360 darjah. Pejam mata dan jeritlah sekuat hati. Disediakan juga sayap di kiri dan kanan kerusi untuk mengimbangi kedudukan anda. Tapi bila di atas, sayap pun macam tiada fungsi sebab gayat!

Darjah ketakutan: 4/5

3. Night At The Museum: Midnight Mayhem



Ini permainan paling santai! Nampak macam gerun sebab anda perlu menaiki kenderaan untuk masuk ke dalam tapi Night At The Museum yang terletak di Central Park memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di zaman purba.

Permainan ini juga sesuai untuk mereka yang nak melepaskan geram. Tembak apa sahaja yang kelua di skrin depan anda untuk mengumpul mata kemenangan.

Darjah ketakutan: 1/5


4. Terraform Tower Challenge



Fikir dua kali dulu sebelum anda mahu menaiki permainan ini. Terletak di Andromeda Base, Terraform Tower Challenge merupakan permainan nombor satu paling menggerunkan di Genting Skyworlds.

Dari jauh dah dengar orang menjerit, kaki jadi sejuk apabila melangkah ke permainan ini. Tapi hati kena kental!

Hanya mereka yang berani sahaja dibenarkan untuk naik, anda akan dibawa naik dan turun dalam keadaan yang drastik. Sepanjang masa, pejam mata sahajalah walaupun dah rasa melayang. Good luck dan jangan menyesal!

Darjah ketakutan: 5/5

5. Independence Day: Defiance



Bagi kami, ini paling best! Sampai naik dua kali. Lain daripada yang lain, teater 3D ini membawa anda memburu makluk asing yang mahu menyerang Kuala Lumpur.

Walaupun duduk atas kerusi sahaja, ada momen yang anda dibawa menyelurusi alam angkasa sehingga ke planet Zuhal, memang menyeronokkan!

Permainan ini tidak memerlukan sebarang tenaga, anda hanya perlu duduk menikmati pemandangan sambil gerakan kerusi seolah-olah anda sedang terbang. Tapi tetap gayat bila ‘kapal angkasa’ anda sedang bergerak laju.

Darjah keterujaan: 2/5

6. Epic Hummingbird Flyers



Kawasan Epic Hummingbirg Flyers antara yang paling cantik dalam Skyworlds ini. Hijau dan penuh bunga!

Walaupun permainan ini kurang mencabar, tapi kami suka sebab kedudukannya paling hujung, anda dapat menikmati keindahan seluruh tapak Genting jika sedang menaiki permainan ini.

Santai dan tenang, permainan ini sesuai untuk anda yang ingin berehat sambil menghirup udara sejuk.

Tapi hati-hati dengan ‘penjahat’ yang memegang busur air di kawasan tepi. Bila-bila masa sahaja anda akan dipancut air dan basah! Kalau tak jangka, memang lencun la jawabnya!

Darjah ketakutan: 1/5

7. Bigweld’s Zeppalins



Permainan ini sesuai untuk anda seisi keluarga. Dengan setiap kenderaan boleh dinaiki oleh empat orang, perjalanan santai ini juga boleh menjadi tempat anda bertenang dan berehat.

Sambil menaiki permainan ini, jangan lupa tengok kiri dan kanan untuk pemandangan yang menakjubkan kota Genting. Anda boleh mengemudi kenderaan untuk kedudukan yang tinggi atau turun ke tempat asal. Tak gerun pun, percayalah!

Darjah ketakutan: 1/5

8. Rio Carnaval Chaos



Cantik! Pertama kali sampai ke tapak permainan ini, memang berwarna-warni, segar mata memandang.

Permainannya ringkas sahaja, tidak memerlukan anda menjerit tapi cukup menenangkan.

Mengambil tema filem kartun Rio, pengalaman berada di sini cukup menarik. Kami jamin, bukan sahaja kanak-kanak yang suka, orang dewasa pun akan enjoy.

Darjah ketakutan: 1/5