Laman Utama

#TravelMana: Rindu Indonesia? Jom Terjah Lima Villa Ala Bali Di Malaysia, Wow Cantik!

gempak
Azwa Rahman
06/08/2021
11:32 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Rindu Indonesia? Jom Terjah Lima Villa Ala Bali Di Malaysia, Wow Cantik!
Pasti ada di antara anda yang sudah merancang percutian sementara menunggu pengumuman kebenaran rentas negeri dan daerah diumumkan tidak lama lagi.
Tapi sayangnya, sempadan negara masih belum dibuka jadi ia memberi anda banyak pilihan untuk berkunjung ke destinasi lokal yang terkenal.
Melihat selebriti-selebriti Indonesia sedang sakan bercuti di Bali, apa kata kita serap elemen pulau indah itu dan cari lokasi yang hampir sama di sini.
Gempak senaraikan lima lokasi villa yang menawarkan pengalaman percutian ala Bali yang mampu mengubati kerinduan anda melancong ke pulau itu.
1. Limastiga, Melaka
Villa Limastiga terletak di Umbai, hanya 15 minit perjalanan dari pusat bandar atau Bandar Hilir. Villa ini menawarkan percutian menenangkan, cukup sesuai untuk mereka yang mahu berehat secara berkumpulan.
Suasana kampung cukup memberikan pengalaman yang sama seperti anda berada di Canggu, Bali.
Harga: Dari RM2,500 untuk satu malam. (14 - 20 orang)
2. Hotel Ipoh Bali, Ipoh
Wow, di tengah bandar Ipoh pun anda boleh merasai pengalaman seperti berada di Bali! Apa yang membuatkan hotel ini cukup unik adalah hiasan dalamannya yang menyuntik elemen tradisional dan dalam taman.
Hotel yang merupakan sebuah banglo besar ini menempatkan 14 buah bilik untuk para pengunjung. Kawasan dalamannya yang romanik juga cukup sesuai untuk pasangan berbulan madu ataupun lokasi majlis perkahwinan.
Harga: Dari RM250 untuk satu malam.
3. Japamala Resort, Pulau Tioman
Ahhh, Bali cukup sinomin dengan keindahan pantainya. Apa kata pilih destinasi percutian anda yang berusurkan air laut juga. Japamala merupakan sebuah resort yang terletak di tanah persendirian di tengah hutan tropika 11 ekar dan mempunyai pantai peribadi tersendiri.
Kalau sekali sekala anda mahu memanjakan diri bersama pasangan, resort di Pulau Tioman ini cukup sesuai untuk mereka yang mahukan suasan intim tetapi masih padat dengan aktiviti santai.
Harga: Dari RM2,400 untuk satu malam.
4. Malihom, Pulau Pinang
Pulau Mutiara juga tidak ketinggalan menawarkan percutian ala Bali yang menenangkan. Mahu cari kelainan, cuba Malihom Retreat yang terletak di Balik Pulau.
Seluruh kawasan ini dikelilingi pokok-pokok hijau, cukup sesuai untuk penggemar percutian santai. Tidak hanya ketenangan, anda boleh memandu ke arah Georgetown, Pulau Pinang untuk melakukan pelbagai akvititi menarik di sana.
Harga: Dari RM600 untuk satu malam.
5. Sekeping Tenggeri, Bangsar
Tak perlu pegi jauh, kumpulan Sekeping Retreats membawakan Sekeping Tenggiri yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Jika dilihat berdasarkan gambar, banglo yang mengandungi tujuh bilik dengan hiasan dalam moden kontemporari ini mampu menambat hati sesiapa yang berkunjung.
Jika menginap di sini, anda mempunyai pelbagai pilihan mencari makanan, aktiviti harian serta lokasi OOTD.
Harga: Dari RM275 untuk satu malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024