Cuti panjang minggu ini cukup sesuai dihabiskan dengan pergi bercuti bersama keluarga tersayang. Buat keluarga yang ada membela haiwan peliharaan, selain tinggalkan mereka di hotel kucing, apa kata kali ini anda bawa si comel ini sekali?

Apa salahnya pergi bercuti atau pulang ke kampung sambil membawa si comel sekali, tetapi anda harus tahu beberapa tips sebelum membawa kucing bersama menaiki mereka.

Bagi mereka yang sudah biasa, tahniah! Semoga perjalanan anda bercuti berjalan lancar.

Untuk mereka yang baru pertama kali membawa kucing peliharaan menaiki kendaraan untuk tempoh masa yang agak lama, mungkin anda perlu meneliti 8 tips ini.

1. Membiasakan kucing dengan kereta anda

Mulakan dengan membawa kucing anda masuk ke dalam kereta sebelum merancang perjalanan. Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa treats dan snek untuk kucing kemudian rajinlah membelai.

Beri peluang untuk kucing anda menghidu dan meneroka seluruh kereta. Jangan lupa mainkan muzik yang menenangkan. Bawa kucing anda berjalan-jalan di sekitar dengan perlahan dan cermat supaya kucing anda membiasakan diri dengan pergerakan.

Dari situ, anda boleh melihat bagaimana respon kucing anda apabila berada di dalam kereta.

2. Berbincang dengan veterinar

Jika kucing anda tidak memberikan respon yang baik terhadap pemanduan anda, anda boleh berbincang dengan veterinar mengenai rawatan untuk kegelisahan atau motion sickness.

Veterinar mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan.

3. Bagi makanan dan minuman sebelum perjalanan bermula.

Berikan makan dan air kepada kucing anda sebelum memulakan perjalanan. Beri masa kucing membuang najis dan kencing selepas makan dan minum.

Jika kucing anda mudah mengalami motion sickness, berikan makanan dalam kuantiti yang sedikit.

4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam carrier

Tidak selamat sekiranya anda membiarkan kucing anda bebas bergerak merata di dalam kereta. Kucing anda mungkin duduk di bawah pedal dan menyukarkan pemanduan anda.

Carrier memberikan ruang yang selamat, sunyi untuk kucing yang dapat membantu kegelisahan yang mungkin dialami oleh kucing anda.

5. Bersedia untuk segala huru hara

Sentiasa bersedia dengan tisu, tuala serta lapik khas untuk membersihkan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku. Pastikan juga anda membawa beberapa plastik sampah.

6. Rancang beberapa perhentian

Pin lokasi perhentian sepanjang perjalanan anda supaya anda dapat berhenti untuk memberi makan dan minum kucing anda dan berpeluang untuk menggunakan kotak pasir setiap dua ke tiga jam

7. Bawa mainan

Idea yang bagus untuk membawa beberapa mainan yang baru dan menarik perhatian kucing anda jadi kucing anda dapat bermain sepanjang perjalanan.

Alat permainan ini juga boleh membantu kucing anda jadi leka dan gembira.

8. Buat seperti berada di rumah

Haiwan peliharaan kita juga selalunya merasakan apa yang kita rasa. Kucing kita juga akan merindui rumah semasa dalam perjalanan.

Bawa baju lama yang anda pernah pakai, selimut kegemaran mereka di dalam carrier mereka supaya mereka sentiasa mengingati rumah asal mereka.

Apapun, tahukah anda si comel kesayangan anda juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.



Sumber: The Mamamiaow