Laman Utama
#TravelMana: Tak Perlu Sampai Langkawi, Kini Boleh Beli Coklat Murah & Pelbagai Jenis Di Sungai Buloh!
Coklat sememangnya menjadi pilihan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Jika terdahulu, pulau Langkawi antara lokasi popular rakyat Malaysia bercuti sambil memborong coklat pada harga yang murah, kini orang ramai mempunyai pilihan destinasi membeli coklat.
Menerusi laman sosial Twitter, akaun @jomkitamy berkongsi kunjungan mereka ke kedai coklat tersebut yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.
Menerusi perkongsian yang berdurasi lebih satu minit itu, pelbagai jenis coklat yang terkenal seperti Cadbury, M&M, Ritter Sport serta jenama yang tiada di kedai biasa.
“Kedai Chocolate Viral dekat Sungai Buloh Selangor. Banyak pilihan coklat dekat sini sama macam dekat Langkawi!,” di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa teruja dengan kewujudan lokasi ini yang ternyata memudahkan mereka yang gilakan coklat.Kedai Chocolate Viral dekat Sungai Buloh Selangor. Banyak pilihan coklat dekat sini sama macam dekat Langkawi! ? #JomKita . Lokasi ?: Chocolate Viral, Sungai Buloh, Selangor pic.twitter.com/euSTKZVBfD— Jomkita ?? (@Jomkitamy) November 21, 2021
Tidak kurang juga mereka yang pernah berkunjung ke kedai tersebut berkongsi pendapat tentang harga yang ditawarkan.
“Memang la sini mahal dari Langkawi dah masuk sini kene la cukai kat Langkawi kan bebas cukai tu pun nak buat rancak berdosa,” komen seorang wargamaya.
“Alaaaaa dh viral betul-betul dah kedai nih... dia sebelah ceklat sebelah jual jajan.. aduhh habihlaaaa... kedai jajan dia sebelah tu ada brand-brand rare kot,” kata seorang wargamaya.
“Muslim customer please be extra careful sebelum beli coklat from oversea. Contohnya ritter sport, dorang produce wine and rum flavour choc also. Please baca the whole ingredient sebelum beli. Jangan nampak murah terus masuk dalam bakul,” ujar seorang wargamaya.
“Dah gi, taklah banyak sgt pilihan dia. Tapi ada jugak yang murah kat sini dan ada yang mahal, kena pandai pilih,” tulis seorang wargamaya.
“Dah boleh dah makcik-makcik aku pergi sini sendiri. Tak yah nak kirim-kirim dah,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 160,000 tontonan daripada warga Twitter.
Must-Watch Video