Baru sahaja bersiaran sebanyak dua episod, drama Kau vs Aku sudah menjadi perbualan hangat di aplikasi TikTok.

Malah, drama terbitan sooka Originals Series ini turut menjadi trending di TikTok dengan jumlah 41 juta tontonan.

Lebih hebat lagi, Kau vs Aku juga menduduki carta pertama sooka untuk tempoh sepanjang tiga minggu bersiaran.

Menerusi tinjauan di platform tersebut, rata-rata penonton berkongsi rasa teruja dan tidak sabar menantikan episod terbaharu Kau vs Aku.

Selain itu, netizen juga memuji jalan cerita dan juga pemilihan pelakon yang dianggap realistik untuk membawakan watak pelajar sekolah.

Rasa sedih, simpati, kekuatan persahabatan, ‘cinta monyet’ semuanya dipaparkan dalam siri ini. Boleh dikatakan semuanya cukup rencah dan mengimbau kembali zaman-zaman persekolahan.

BACA: Sooka Originals Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku

Kau vs Aku yang merupakan novel Wattpad Webtoon Studios karya Shieyruna ini juga mendapat kerjasama PUBG Mobile.

Bagi yang terlepas, saksikan Kau vs Aku di aplikasi sooka.my manakala episod baharu ditayangkan setiap Jumaat.