Trending Khamis: Isteri Fazley Dikritik, Joe Flizzow Beri Nasihat Tentang Kasut & Janna Nick Mahu Bina Pusat Tahfiz

Izwan Isa
Mei 5, 2022 14:50 MYT

Khamis pun sudah sampai ke penghujung. Sebelum menjengah Jumaat, apa kata kita recap kembali artikel menarik sepanjang hari ini:

#1. Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil membidas kecaman pengguna media sosial yang mengkritik penampilan isterinya, Datin Azrene Ahmad yang menindik subang hidung.
BACA: Netizen Kritik Isteri Tindik Subang Hidung, Fazley Yaakob; "Suka Hati Dialah, Bini Aku Kot!"
#2. Baru-baru ini, penyanyi rap popular, Joe Flizzow berpesan kepada lelaki yang berumur 21 tahun ke atas supaya tidak menggayakan baju Melayu dengan menyarungkan sneakers pada Hari Raya Aidilfitri.
BACA: Joe Flizzow Pesan Jangan Pakai Sneakers Dengan Baju Melayu, Ada Setuju, Ada Yang Bangkang
#3. Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Gatal, Janna Nick mendedahkan yang dia kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
BACA: Janna Nick Bakal Bina Pusat Tahfiz, Dengan Kos Pembinaan RM6 Juta - “Dah Lama Impikan…”
#4. Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan jarak jauh bersama kekasih yang menetap di Perlis, pelakon Johan As'ari mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
BACA: Tak Selalu Keluar Dating, Johan As'ari Sedia Kahwini Kekasih
#5. Luluh hati penyanyi muda Reedzwan apabila hasratnya untuk menziarahi kubur arwah bapanya di Perak tidak kesampaian apabila tanah perkuburan itu telah diratakan tanpa pengetahuan ahli keluarga.
BACA: Kubur Arwah Bapa Hilang, Reedzwan Menangis Hanya Dapat Jumpa Batu Nisan Berlonggok

#Recap Khamis